Nasihat Buat Perwakilan Umno 2013
 |
| Pilihan dan "setting" gambar juga memberi pelbagai makna |
SESEORANG PERWAKILAN itu dilantik oleh ahli mesyuarat bagi mewakili mereka
untuk ke satu majlis yang lebih besar. Sekali gus, perwakilan telah secara
otomatik diberikan kuasa bercakap atau bertindak (sopan) mewakili akar umbinya.
Secara dasarnya juga, apa-apa yang diputuskan oleh perwakilan itu, adalah juga
keputusan diperingkat akar umbi. Bermakna juga, bagi satu-satu unit, jika
perwakilannya melebihi dari seorang, maka mereka sewajarnya bersatu hati dalam
menetapkan keputusan. Mereka tidak lagi boleh bersifat majoriti tetapi bulat
satu hati dengan satu keputusan yang serupa.