Ahad, 2 Mac 2014

PATI DIBERI RUANG UNTUK SEMBUNYI

Ahmad Zahid Hamidi
Kerajaan Maklum Butiran Ops Secara Terbuka

TARIKH 01 Mac, 2014 ditetapkan sebagai ops P6 terhadap pendatang tanpa izin (PATI) yang menjalankan aktiviti perniagaan dan yangberkerja di peremis-peremis atau gerai-gerai perniagaan. Bukan sahaja Indon, Bangla, China, Vietnam, Myanmar dan lain-lain malah termasuk juga anak-anak dari selatan Thai yang rasanya adalah orang yang paling lama sudah bertapak menjalankan perniagaan khususnya kedai makan dan kedai kain-baju di negara ini.

Sabtu, 1 Mac 2014

TUN MAHATHIR ANTI HADIS?

Tun Mahathir                              Kassim Ahmad
Konon Sealiran Dengan Kassim Ahmad

SELEPAS peritiwa mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M), merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad baru-baru ini yang kemudiannya melancarkan buku terbaru Kassim, "Jalan Yang Lurus", hampir keseluruhan khutbah Jumaat minggu berikutnya mengutuk kedua-dua manusia itu yang disifatkan khalayak sebagai mereka sudah tersasar daripada fahaman dan ajaran Islam sebenar yang berlandaskan ahli sunanah waljamaah (ASWJ).

Jumaat, 28 Februari 2014

ADA KATEGORI SAMSENG KEBAL?

Masih Banyak Lagi Aktiviti Haram Beroperasi

SELASA LALU (25 Feb, 2014), akhbar Utusan Malaysia mempersoalkan mengapa kumpulan cyber Red Bean Army (RBA), yang begitu jelas menjadi lidah pembangkang yang kerjanya bertindak melampaui batas-batas penghormatan malah dilihat sentiasa berusaha gigih untuk menghancurkan negara, masih 'kebal' daripada tindakan undang-undang. (baca di sini)
            Kewujudan RBA bolehlah disifatkan misteri sebab pihak berwajib pun nampaknya masih berdiam diri mengenainya. Ia seolah-olah wujud tetapi tidak dapat dikesan. Namun, sebagai pemecah minda bersama, zaman sains dan teknologi ini, hantu dan langsuyo pun sudah boleh di rakam secara 'live'. Jadi, RBA nampaknya lebih halus dan licik daripada hantu! Begitu kah?

LAGI CERITA GURU...

KPPM: Datuk Dr Khair Mohamad Yusof
Guru Hari Ini Kurang Komtited Terhadap Tugasnya!

CIKGU MAMAT (bukan nama sebenar) adalah guru yang akan menggenapkan usia 60 tahunnya kira-kira dua tahun lagi. Selepas itu bersaralah dia..
            Dalam pertemuan kami di sebuah warung baru-baru ini, dia menceritakan betapa kerjaya guru hari ini amat berbeza berbanding 30 tahun yang lalu.Maksud beliau bukanlah dari segi beban tugas, tetapi keseronokan berkerja serta 'enjoy' dalam profesion guru itu sudah tidak ada.