Isnin, 10 Mac 2014

SEMOGA PESWAT MH370 DAN PENUMPANGNYA AKAN DITEMUI

Orang Ramai Dipohon Terus Berdoa

1.      Salam takziah kepada semua ahli keluarga yang terbabit dengan nasib malang kapalterbang B777-200 MH370 (MAS) yang diberitakan hilang dari kawalan rada pada awal pagi sabtu lalu, 8 Mac, 2014. Sehingga posting ini ditulis, pesawat malang itu masih belum dijumpai mahupun menerima sebarang petunjuk sahih mengenainya daripada pasukan pencari dan penyelamat.

2.     Berdasarkan laporan media tempatan, kerajaan dan agensi terbabit telah mengerahkan sehabis daya upaya dan asset bagi mencari- temu pesawat malang tersebut. 

Jumaat, 7 Mac 2014

APALAH YANG HENDAK DIKECOHKAN SANGAT...

Tak Payahlah Nak Berlebih2, Buang Masa Jer..

CERITA video yang dihasilkan oleh Teresa Kok (gambar) yang konon kandungannya penuh dengan retorik menghina pemimpin negara menjadi popular sehingga polis menerima banyak laporan yang mahukan tindakan undang-undang dikenakan terhadap perempuan DAP itu. Selain menghina pemimpin negara, kandungan video itu juga dikatakan ada unsur hasutan yang boleh memecah belahkan kamum di negara ini.

BERILAH PELUANG DSAI JADI MB

Khalid Ibarahim
Selangor Pasti Jadi Negeri Contoh Kawan dan Lawan

TAN SERI KHALID IBRAHIM yang juga Menteri Besar Selangor mengisytiharkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR) sekali gus mencabar penyandangnya Azmin Ali.

Khamis, 6 Mac 2014

CINA PERNAH MENGUNGGULI KAUM DI MALAYA

Melayu Bukan Sahaja Lupa Tetapi Tidak Tahu Itu!

ILUSTRASI pada gambar di atas adalah antara penemuan oleh Datuk Profesor Emaritus Khoo Kay Kim. Sebagai pakar sejarah, kita kenalah percaya akan fakta yang ditemuinya itu. Beliau mempunyai sebab dan alasan tertentu sebelum menyatakan itu. Cuma secara tidak ‘sengaja’ beliau berkaum cina tetapi penemuannya itu adalah bersifat adil.