Meski Guna Alatan Berteknologi Tinggi
MISTERI
kehilangan pesawat B777-200 MH370 milik negara (MAS) sehingga ke hari ini
memang benar-benar misteri. Pakar-pakar mencari dan menyelamat dari seluruh
dunia masih gagal memastikan lokasi dan situasi pesawat itu melainkan masih
menyifatkannya sebagai ‘misteri’.
Bekas perdana menteri, Tun Mahathir,
yang tidak terkecuali mengikuti perkembangan kemisterian itu baru-baru ini
turut melahirkan rasa hairannya berikutan hampir semua peralatan yang
berteknologi canggih digunakan namun pesawat itu masih belum diberi sedikit
‘tanda-tanda’ untuk ditemui.
Beliau berkata demikian kerana
menurutnya peralatan secanggih itu sebelum ini dakwanya mampu menjejaki apa jua
objek walau sekecil seperti manusia dan di mana ia berada.



