 |
| Istana Kelly di Batu Gajah, Perak |
Akibat Promosi Dan Kempen Yang Lemah
PADA Selasa,
25 Mac, 2014, penulis menyinggahkan diri di perkarangan ‘Istana Kellie’ di Batu
Gajah. Rupa-rupanya di situ sedang berlangsung Karnival Kaki Kartun sejak 22 hingga 30 Mac ini. Program tersebut
dilihat hebat tetapi kurang mendapat sambutan khalayak.
Penulis tidak berhasrat hendak
mengulas perjalanan aktiviti tersebut. Apa yang penulis hendak perkatakan
adalah program tersebut amat bagus disokong namun, malangnya langkah mempromosi
program / aktiviti tersebut daripada pihak berkenaan khususnya bahagian
pelancongan dan kebudayaan negeri Perak agak hambar. Akibatnya, khalayak bahkan
ramai kalangan pencinta seni kurikatur dan animasi tempatan sendiri tidak
mengetahuinya sekali gus sambutan terhadap program berkenaan menjadi dingin.