Khamis, 17 April 2014

KOD ETIKA PAKAIAN

 Antara Kesedapan Mata Dan Ketegasan

BARU-BARU ini heboh juga masalah pakaian ahli parlimen Batu, Teresa kok, yang disifatkan pemerhati sebagai tidak beretika malah pakaiannya itu dikatakan hanya sesuai untuk ke pasar dan bukan untuk menghadiri sebuah persidangan yang serius. Baca di sini.

Selasa, 15 April 2014

HUDUD: RAKYAT WAJAR SOKONG

Satu Penambahbaikan Undang-Undang Sedia Ada

POLEMIK HUDUD bergema lagi apabila Pas berkeras akan membentangkannya di Parlimen bagi mendapatkan mandat untuk melaksanakannya. Seperti biasa, DAP dan mereka yang berhati perut macam DAP tentunya akan bingkas menyergah hasrat Pas itu.
            Dahulupun, atas nama kemanusiaan (konon), iklim penduduk yang multi kaum, agama dan budaya, penulis juga agak gusar untuk menyokong hudud ini. Ini disebabkan, ketika itu, hasrat Pas itu tidak jelas tentang sentuhannya serta pelaksanaannya.

Isnin, 14 April 2014

KRISIS MAKANAN PASTI AKAN BERLAKU

Kenaikan Harga Barangan Tidak Dapat Dielak

KHABAR-KHABAR mengatakan harga daging lembu akan naik menjelang Jun depan merunsingkan banyak pihak.  Sebenarnya, apa sahaja yang dikaitkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya bahan makanan memang menggusarkan kerajaan. Ini kerana kesan dan impaknya kepada negara terutama iklim politik boleh terkesan.
            Namun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku dengan begitu drastik. Justeru, rakyat tidak perlu khuatir terutama kepada umat Islam yang akan menghadapi puasa bulan Ramadhan pada hujung Jun ini dan seterusnya menyambut hari raya puasa sebulan selepas itu, Insya-Allah.

Isnin, 7 April 2014

SYED SAIFULLAH SUDAH DITAHAN KELMARIN

Kumpulan RBA Bila Lagi?

SECARA peribadi, penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah Berjaya menahan pemunya akaun facebook (fb) bernama ‘ Syed Saifullah’ yang dipercayai telah membuat fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, melalui akaun fb-nya itu baru-baru ini. Baca di sini.
            Kita puji atas kecekapan pihak berkuasa mengesan, menahan sekali gus dapat membendung pengusaha gejala buruk itu daripada terus berbuat onar. Dia dan rakan-rakannya sewajarnya berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana paling tidak tindakan itu dapat mengurangkan sedikit dosa fitnah yang dilakukannya agar ia tidak berterusan.
            Bagaimana pula dengan mereka yang yang menggunakan media sosial atas nama Red Bean Army (RBA). Apa pula pertimbangan pihak berkuasa terhadap nilai kemarabahayaan RBA berbanding pemilik akaun fb Syed Saifuddin dan mereka yang seumpamanya?
            Inilah hal yang kadang-kadang sukar nak diterjemah dan susah nak di jawab bila ada pihak yang berkata kalau melayu buat salah sepantas kilat tindakan diambil tetapi kalau bukan melayu yang buat ada sahaja karenah alasan yang diberikan oleh pihak terbabit....


Jagindas:  ????