BARU-BARU ini
heboh juga masalah pakaian ahli parlimen Batu, Teresa kok, yang disifatkan
pemerhati sebagai tidak beretika malah pakaiannya itu dikatakan hanya sesuai
untuk ke pasar dan bukan untuk menghadiri sebuah persidangan yang serius. Baca di sini.
Khamis, 17 April 2014
Selasa, 15 April 2014
HUDUD: RAKYAT WAJAR SOKONG
Satu Penambahbaikan Undang-Undang Sedia
Ada
POLEMIK HUDUD
bergema lagi apabila Pas berkeras akan membentangkannya di Parlimen bagi
mendapatkan mandat untuk melaksanakannya. Seperti biasa, DAP dan mereka yang
berhati perut macam DAP tentunya akan bingkas menyergah hasrat Pas itu.
Dahulupun, atas nama kemanusiaan
(konon), iklim penduduk yang multi kaum, agama dan budaya, penulis juga agak
gusar untuk menyokong hudud ini. Ini disebabkan, ketika itu, hasrat Pas itu
tidak jelas tentang sentuhannya serta pelaksanaannya.
Isnin, 14 April 2014
KRISIS MAKANAN PASTI AKAN BERLAKU
Kenaikan Harga Barangan Tidak Dapat
Dielak
KHABAR-KHABAR
mengatakan harga daging lembu akan naik menjelang Jun depan merunsingkan banyak
pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang
dikaitkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya bahan
makanan memang menggusarkan kerajaan. Ini kerana kesan dan impaknya kepada
negara terutama iklim politik boleh terkesan.
Namun, kerajaan telah memberi
jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku dengan begitu drastik.
Justeru, rakyat tidak perlu khuatir terutama kepada umat Islam yang akan
menghadapi puasa bulan Ramadhan pada hujung Jun ini dan seterusnya menyambut
hari raya puasa sebulan selepas itu, Insya-Allah.
Isnin, 7 April 2014
SYED SAIFULLAH SUDAH DITAHAN KELMARIN
Kumpulan RBA Bila Lagi?
SECARA
peribadi, penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana telah
Berjaya menahan pemunya akaun facebook (fb) bernama ‘ Syed Saifullah’ yang
dipercayai telah membuat fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor,
melalui akaun fb-nya itu baru-baru ini. Baca di sini.
Kita puji atas kecekapan pihak
berkuasa mengesan, menahan sekali gus dapat membendung pengusaha gejala buruk
itu daripada terus berbuat onar. Dia dan rakan-rakannya sewajarnya berterima
kasih kepada pihak berkuasa kerana paling tidak tindakan itu dapat mengurangkan
sedikit dosa fitnah yang dilakukannya agar ia tidak berterusan.
Bagaimana pula dengan mereka yang
yang menggunakan media sosial atas nama Red Bean Army (RBA). Apa pula
pertimbangan pihak berkuasa terhadap nilai kemarabahayaan RBA berbanding pemilik
akaun fb Syed Saifuddin dan mereka yang seumpamanya?
Inilah hal yang kadang-kadang sukar
nak diterjemah dan susah nak di jawab bila ada pihak yang berkata kalau melayu
buat salah sepantas kilat tindakan diambil tetapi kalau bukan melayu yang buat
ada sahaja karenah alasan yang diberikan oleh pihak terbabit....
Jagindas:
????
Langgan:
Ulasan (Atom)


