Sabtu, 19 April 2014

CARA HALUS TOLAK MELAYU

Terima Berkerja Tapi Tiada Waktu Solat


KASAR pulak tajuk cerita hari ini. Seorang anak muda menceritakan kepada saya pengalamannya mencari kerja sambilan bagi mengisi masa senggangnya sementera menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (ITP). Dia baru saja memperoleh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mata komulatif 3.17
            Katanya, taukeh kedai itu boleh menerimanya berkerja tetapi dia hanya diberikan masa rehat sejam iaitu dari jam 1 hingga 2 petang sahaja. Manakala, tidak ada masa untuk sembahyang asar dan maghrib. Bermakna, sembahyang zohor bolehlah di curi-curi masanya antara jan 1 – 2 petang itu.

Khamis, 17 April 2014

KOD ETIKA PAKAIAN

 Antara Kesedapan Mata Dan Ketegasan

BARU-BARU ini heboh juga masalah pakaian ahli parlimen Batu, Teresa kok, yang disifatkan pemerhati sebagai tidak beretika malah pakaiannya itu dikatakan hanya sesuai untuk ke pasar dan bukan untuk menghadiri sebuah persidangan yang serius. Baca di sini.

Selasa, 15 April 2014

HUDUD: RAKYAT WAJAR SOKONG

Satu Penambahbaikan Undang-Undang Sedia Ada

POLEMIK HUDUD bergema lagi apabila Pas berkeras akan membentangkannya di Parlimen bagi mendapatkan mandat untuk melaksanakannya. Seperti biasa, DAP dan mereka yang berhati perut macam DAP tentunya akan bingkas menyergah hasrat Pas itu.
            Dahulupun, atas nama kemanusiaan (konon), iklim penduduk yang multi kaum, agama dan budaya, penulis juga agak gusar untuk menyokong hudud ini. Ini disebabkan, ketika itu, hasrat Pas itu tidak jelas tentang sentuhannya serta pelaksanaannya.

Isnin, 14 April 2014

KRISIS MAKANAN PASTI AKAN BERLAKU

Kenaikan Harga Barangan Tidak Dapat Dielak

KHABAR-KHABAR mengatakan harga daging lembu akan naik menjelang Jun depan merunsingkan banyak pihak.  Sebenarnya, apa sahaja yang dikaitkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya bahan makanan memang menggusarkan kerajaan. Ini kerana kesan dan impaknya kepada negara terutama iklim politik boleh terkesan.
            Namun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku dengan begitu drastik. Justeru, rakyat tidak perlu khuatir terutama kepada umat Islam yang akan menghadapi puasa bulan Ramadhan pada hujung Jun ini dan seterusnya menyambut hari raya puasa sebulan selepas itu, Insya-Allah.