Selasa, 22 April 2014

MB MANA YANG AKAN DITUKAR


Lama, Lembab Atau...?

BARU-BARU ini ada ura-ura konon dua menteri besar (MB) akan digugur dan digantikan dengan MB baru. Tentulah mereka itu daripada MB yang kerajaan negerinya adalah Barisan Nasional. Tapi Siapa? Kenapa pulak?
            Congak punya congak dari Perlis sampai ke Johor dan naik ke Pahang, Trengganu dan rasanya tak ada pun yang wajar ditukar sekarang. Perlis? Apa masalahnya? Negeri kecik jer…Kedah? Apa yang tak kenanya dengan anak Tun Mahathir itu?

Sabtu, 19 April 2014

CARA HALUS TOLAK MELAYU

Terima Berkerja Tapi Tiada Waktu Solat


KASAR pulak tajuk cerita hari ini. Seorang anak muda menceritakan kepada saya pengalamannya mencari kerja sambilan bagi mengisi masa senggangnya sementera menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (ITP). Dia baru saja memperoleh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mata komulatif 3.17
            Katanya, taukeh kedai itu boleh menerimanya berkerja tetapi dia hanya diberikan masa rehat sejam iaitu dari jam 1 hingga 2 petang sahaja. Manakala, tidak ada masa untuk sembahyang asar dan maghrib. Bermakna, sembahyang zohor bolehlah di curi-curi masanya antara jan 1 – 2 petang itu.

Khamis, 17 April 2014

KOD ETIKA PAKAIAN

 Antara Kesedapan Mata Dan Ketegasan

BARU-BARU ini heboh juga masalah pakaian ahli parlimen Batu, Teresa kok, yang disifatkan pemerhati sebagai tidak beretika malah pakaiannya itu dikatakan hanya sesuai untuk ke pasar dan bukan untuk menghadiri sebuah persidangan yang serius. Baca di sini.

Selasa, 15 April 2014

HUDUD: RAKYAT WAJAR SOKONG

Satu Penambahbaikan Undang-Undang Sedia Ada

POLEMIK HUDUD bergema lagi apabila Pas berkeras akan membentangkannya di Parlimen bagi mendapatkan mandat untuk melaksanakannya. Seperti biasa, DAP dan mereka yang berhati perut macam DAP tentunya akan bingkas menyergah hasrat Pas itu.
            Dahulupun, atas nama kemanusiaan (konon), iklim penduduk yang multi kaum, agama dan budaya, penulis juga agak gusar untuk menyokong hudud ini. Ini disebabkan, ketika itu, hasrat Pas itu tidak jelas tentang sentuhannya serta pelaksanaannya.