Agak-Agaklah Weh, Dah Berjueh
Mulut Orang...
[sekadar
hiasan: Rais dan Maznah]
MALAM tadi saya
sempat menonton pertandingan bintang RTM peringkat akhir langsung dari
auditorium perdana RTM. Saya tak peduli siapa menang dan siapa kalah. Saya nak
tengok apa pengakhir majlis sebab, Menteri Penerangan, Datuk Seri Utama Dr. Rais
Yatim dan isterinya ada di situ. Dan, Rais dijadualkan menyampaikan hadiah
kepada perserta pertandingan.
Yang
saya perasan, format sudah bertukar, tidak seperti zaman Sudirman, Jamal
Abdillah dan beberapa penyanyi lain yang telah menempa nama sebagai anak seni
menerusi program juara bintang RTM. Baguslah RTM, sekurang-kurangnya RTM
sensitif juga dengan perubahan disekelilingnya serta memahami kehendak
khalayak.
Namun
yang tak sedapnya, macam mana isteri Rais Yatim boleh berada di pentas untuk sama-sama
menyampaikan hadiah kepada perserta pertandingan. Rais nampaknya dah jadi macam pelengkap sedangkan sifatnya malam itu adalah sebagai tetamu kehormat atas nama
Menteri Penerangan Malaysia.
Datin
Seri Utama Maznah boleh naik sama ke pentas, tidak salah menemankan suaminya
namun maaf cakaplah, tidak payahlah sampai menyibuk pulak. Berdiri di side, belakang sikit, biar Datuk Rais
yang buat kerja. Datin tengok saja sudahlah..Tak kenalah!
Kalaulah
memang RTM sengaja meletakkan isteri Rais sebagai penyampai hadiah kepada
perserta , itu dah kira silap besar RTM-lah. Silap besar tu...! Ini bukan
program hari keluarga RTM.
Bukan
sekali, bukan dua kali. Sudah banyak kali nampaknya isteri menteri penerangan
ini berkelakuan demikian. Dan, itulah juga yang kerap orang perkatakan.
Hinggakan, opah-opah nenek-nenek di kampung-kampung pun tertanya-tanya. Berjueh
mulut orang kampung melihat gelagat Maznah.
Saya pun
keliru! Betul, betul keliru! Begitu sekalikah peranan isteri bila nak bantu
suami?
Jagindas: Wahai
isteri/isteri-isteri menteri-menteri dan YB-YB, agak-agak lah... Kena tahu
protokol dan keutamaan majlis. Jangan sampai majlis rosak dek pandangan
khalayak menjadi muak hanya kerana sikap dan tindakan puan-puan sekelian. Aduhai...,
takkan inipun nak kena ajo weh..Letihlah macam ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.