Selasa, 30 Oktober 2012

BN, JGN BERI BANYAK BOLA TANGGUNG

BOLA TANGGUNG....memang dinantikan pemain takraw

Nanti,
Menyelanak 
Kena Libas PR

SEPERTI yang dijangka rakyat, Tindakan kerajaan melaksanakan sistem kamera AES pada ketika ini telah disifatkan pembangkang sebagai "bola tanggung" yang secara tidak langsung ibarat kerajaan memberi mereka modal bonus untuk dijadikan bahan kempen menjelang pilihan raya umum ke 13 yang dijangka akan berlaku bila-bila masa saja sebelum pertengahan April 2013 depan
            Penulis pernah mecatatkan isu kontroversi pemasangan kamera tersebut beberapa hari lalu  di sini.
            Nyata sekarang, apabila empat negeri yang di bawah Pakatan Rakyat (PR) berkeras untuk menangguhkan penguatkuasaannya berikutan pemasangan peralatan seperti itu mesti mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri terlebih dahulu  di sini
                "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, di Lobi Parlimen, semalam.
            Justeru, adalah dinasihatkan supaya pemimpin BN sentiasa berhati-hati agar tidak memberi terlalu banyak bola tanggung yang boleh dilibas sepenuhnya oleh pihak lawan dalam kempen-kempen mereka.
            Ketika ini, kalau kerajaan menarik semula pelaksaannya, ia sudah tidak memberikan apa-apa makna lagi, sebaliknya seperti memberi satu lagi kredit kepada pembangkang bahawa seolah-oleh kerajaan takut dengan gertak pembangkang.
            Sekali gus, memberi makna pembangkang telah membela rakyat. Dan, bagi mereka yang kurang memahami antara politik dan tanggungjawab sosial kerajaan, sudah tentu sokongan kepada pihak pembangkang berlaku penambahan.


Jagindas: Seronok tengok permainan takraw bila pihak B membuat libasan terhadap bola tanggung yang diberikan pihak lawan, A. Menyelanak weh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.