Apakah Seterusnya Nasib Kamu..?
KISAH
penderitaan suku etnik Rohingya di Myanmar, telah dua kali saaya paparkan dalam
blog ini. Namun, setiap kali membaca
peristiwa kejam yang menimpa suku kaum etnik Islam itu, hati saya amat terguris
akan kekejaman yang menimpa ke atas mereka.[berita
di sini]
Tiada lagi baris ayat yang dapat
dicatatkan melainkan berastaghfar dan persoalan: apakah lagi balanya selepas
ini?
Tiadakkah kisah mereka ini dapat
memujuk kekasaran hati nubari kita untuk kembali lembut lalu tidak bercakaran
dalam keadaan hidup yang serba mewah diberikan oleh Allah Taala sekarang?
Marilah kita sama-sama berdoa di
bulan puasa yang berkat ini semoga etnik tersebut malah saudara-saudara kita
yang lain di dunia ini agar dilepaskan Allah dari siksa dan hina dunia yang
diterimanya dan berdoalah kita semoga kita tidak dibegitukan...
Jagindas: TiadaTuhan melainkan Engkau,
Mahasuci engkau hindarkanlah kami dari perlakuan orang-orang yang zalim..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.