Sabtu, 4 Ogos 2012

KEMARAU TIDAK, TAPI AIR TIDAK ADA!


Masih Belum Dapat Taufik Dan Hidayah Lagi Kah?

ISU AIR... Rumitkan masalah urus jenazah dan bersuci umat Islam

KELANTAN dan Selangor masih berperang dengan isu airnya. Sumber air banyak tetapi inilah akibatnya jika pengurusan lemah dan tidak mengambil kepentingan awam. Aibnya menjangkit kepada semua rakyat sebab kita boleh jual air ke negara jiran namun rakyat dalam negara sendiri  bercatu air. Pelik, tetapi benar!
            Kisah di Kelantan dimana jenazah terpaksa menunggu empat jam untuk disempurnakan akibat ketiadaan air bukan sahaja kisah yang mengaibkan malah menggambarkan betapa hinanya sebuah kerajaan yang memerintah kerana gagal memberikan kemudahan yang amat asas dalam hidup kepada rakyatnya.[berita klik di sini]
            Berpolitik bagai nak rak ke hulu ke hilir, bercakap hal yang besar-besar, mengutuk orang bagaikan diri tidak pernah berlaku sumbang namun rakyat tidak dapat menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah hatta fardhu ain sekalipun dengan sempurna disebabkan ketiadaan bekalan air yang sempurna.
            Belum dicerita tentang mandi wajib bagi perempuan yang habis tempoh haid dan nifasnya atau rakyat di negeri itu yang mahu menyucikan diri dari keadaan berjunub. Apakah semudah itu rakyat boleh menerima keadaan tersebut sebagai dharurat lalu satu pilihan lain dibuat sedangkan sumber airnya banyak cuma tidak diurus dengan baik.
            Imam-imam, tok-tok guru yang tangkas bercakap tentang suci lagi menyucikan, pemerintah yang lantang bercakap tentang dosa dan pahala, kepada siapa pula tanggungan dosa ini hendak di serahkan? Najib? Muhyiddin? Tok Pa? atau Nik Aziz and the gang?
            Buruknya perangai kamu semua! Siang malam berdoa mohon Allah berikan kesejahteraan, namun kenapa kesejahteraan yang ada di depan mata tidak diuruskan dengan sempurna? Atau, kamu mengharap Allah menyediakan kemudahan itu seada-adanya?
            Inilah yang dinamakan kufur dengan nikmat Allah. Kufur dengan nikmat ini amat luas pengertiannya.  Sesudah begini sekalipun kejadinnya, masihkah wajar ia disebut takdir lagi? Ini bukan takdir lagi, tetapi adalah kebodohan dan kejahilan yang menguasai nafsu serakah politik peribadi!


Jagindas:  Apakah yang bertakhta dalam hati perut kamu semua, ha?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.