Jumaat, 14 September 2012

NASIB 10,000 LULUSAN PERGURUAN TERBELA


PM UMUM MENERUSI  BAJET 2013, 28 SEPT INI

KIRA-KIRA 10,000 lulusan ijazah sarjana muda perguruan dari universiti tempatan dan lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang kini masih menganggur tentunya tersenyum lebar membaca berita hari ini dimana pada tarikh 28 September ini nasib mereka akan dicerahkan menerusi bacaan belanjauan bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.di sini
            Apabila disebut berita mengembirakan sudah tentulah ia positif kepada pembelaan nasib yang sebelum ini seperti terumbang ambing. Mungkin meraka akan diterima secara pukal sebagai guru (tidak pasti sama ada tetap, sementera, kontrak atau intrim).
            Mungkin juga mereka akan di tempatkan di mana-mana institusi pendidikan tinggi yang setaraf dengan kelulusan mereka. Yang pasti, masa depan kumpulan lulusan terbabit akan terbela dengan sebarang kemungkinan. Alhamdulillah!
            Jagindas ucapankan syabas kepada kerajaan yang sentiasa perihatin dan bersedia membela nasib rakyat dari segenap peringkat. Kepada kumpulan lulusan perguruan terbabit, saya juga ucapan tahniah dan bersyukurlah dengan nikmat Tuhan (swt), InsyaAllah.
            Nasihat awal saya kepada saudara-saudari yang bakal menerima jawatan, kerjaya, gaji dan elaun menerusi pembelaan kerajaan itu nanti, laksanakanlah tugas anda (apa juga tugas yang anda sedia terima) dengan HATI SUKA dan bukan dengan SUKA HATI!
            Terimalah jawatan itu dengan hati suka! Hayati erti kesyukuran dan mensyukuri nikmat.


Jagindas:  Kalau jadi guru, bersiap-sedialah menggurukan diri anda! Semoga berjaya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.