Rabu, 30 Januari 2013

SATU CONTOH APABILA PEMBANGUNAN TIDAK SEIMBANG


Rela Rakyat Merana Asalkan Cita-Cita Tercapai

PERINGKAT azab sengsara yang pernah penulis dengar daripada datuk penulis sendiri ketika zaman komunis dan Jepun memerintah Tanah Melayu dulu tidak pula sehingga sesebuah keluarga terpaksa membunuh anak sendiri untuk dijadikan bahan makanan. Malah, membunuh jiran tetangga untuk dimakan daginggnya juga tidak berlaku. Namun Zaman itu, memang ramai yang mati disebabkan penyakit dan masalah kelaparan.
            Tidak seperti di Pyongyang (Korea Utara), kemelaratan hidup rakyat di situ dikatakan sehingga sanggup membunuh anak sendiri bagi menjadikan daging mangsa sebagai sumber makanan di sini
            Makna kata, dalam dunia yang serba maju dan moden ini, masih ada lagi masyarakat yang hidup makan orang! Bunyinya sahaja sudah pelik dan menakutkan. Apa lagi, Korea Utara sebagai sebuah negara komunis ortodok, namun negara itu itu lebih rela menghabiskan dananya untuk pembangunan sosial dan ketenteraan, peralatan dan komunikasi perang termasuk membangunkan senjata-senjata peluru berpandu serta nuklear. Dari segi fizikalnya, negara ini maju sebagaimana negara-negara komunis lain malah kemajuannya mendahului Malaysia.
                 Barangkali, kegilaan inilah sekali gus menyebabkan negara itu semacam 'terlupa' kebajikan yang penting untuk rakyatnya malah sesetengah pemerhati mengandaikan pemimpin negara terbabit lebih cenderung kepada 'menyiksa' rakyat asalkan dasar dan matlamat ketenteraan dan pertahanannya tercapai.
            Komunis atau tidak itu bukan soalnya. Kerana ia adalah corak pemerintahan pilihan rakyat negara itu sendiri. Apa yang perlu dijadikan iktibar daripada Korea Utara ini adalah terhadap penjanaan pembangunan negaranya yang tidak seimbang bahkan dalam beberapa hal ia jauh menyimpang daripada tuntutan sosial dan hak-hak manusia itu terhadap kehidupannya di sesebuah negara.
            Mengambil contoh, keperluan asas seperti makan, minum dan perlindungan keluarga adalah antara yang sewajarnya dititik beratkan oleh mana-mana pemimpin di dunia ini.
            Alhamdulillah, Malaysia tidak begitu. Rakyat Malaysia juga tidak dibegitukan bahkan kdudukan rakyat diletakkan sebagai keutamaan sebagaimana sogan negara sekarang: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
            Nasib malang rakyat seperti di Korea Utara ini wajar dititipkan dalam minda kita semua yang dengan itu melihat betapa bertuah dan syukurnya rakyat di negara ini berbanding si-malang di Pyongyang itu.
            Pun begitu, ada sesuatu yang mengikat hormat penulis terhadap sikap rakyat Korea Utara itu adalah "Taat Setia, Patuh Dan Akur" rakyatnya terhadap pemerintah mereka. Taat setianya merangkumi nilai kasih dan cinta kepada negara dan pemerintahnya. Saksikan bagaimana rentak rakyat negara itu bila kehilangan ketua negara yang mereka kasihi. Patuh dan akurnya mengatasi nilai ringgit, emas, permata bahkan nyawanya sendiri demi negaranya!  Padahal, siksa jelas di depan mata.
           

Jagindas: Rakyat Malaysia bagaimana? .. Kita ada sebuah lagu - 'SETIA' (dengar di sini), realitinya????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.