Selasa, 29 Januari 2013

INDAHNYA PROGRAM HATI RAKYAT 1 MALAYSIA

GAMBAR HIASAN:.. tuntutan janda-janda

Janda Muda, Janda Warga Emas Tidak Dilupakan

KIRA-KIRA tujuh bulan lalu, penulis memaparkan cerita yang bunyinya agak merepek  di sini , tetapi tak sangka pula hari ini Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat satu pengumuman yang pada penulis selari dengan cerita merepek yang penulis paparkan itu. Tidaklah 100% tepat, tapi ada asasnya berdasarkan cerita merepek penulis itu.
            Buletin Utama Jam 8.00 di TV3, sebentar tadi memaklumkan Najib menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM50juta bagi melaksanakan Program Hati Rakyat 1 Malaysia (PHR1M) -  Maaflah, perkataan 1M  itu, penulis yang tambah. Tapi tak apa kan? Rasanya tidak merosakan niat dan maksud asalnya.
            Difahamkan, antara lain PHR1M bakal menyalurkan bantuan kepada golongan ibu tunggal (janda), orang kurang upaya dan warga emas mulai bulan depan.
            Apa pun, konsep dan pelaksanaan dan keprihatinan kementerian itu terhadap membela kepentingan dan masa depan golongan yang disasarkan amatlah wajar dipuji dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat.
            Secara kebetulan semuanya berlaku ketika musim hampir nak pilihanraya umum. Kerana, secara kebetulan juga, Najib memegang jawatan PM ketika tempoh sah parlimen dipenghujungnya. Namun hakikatnya, kalau tidak disebabkan pilihanraya pun, itulah juga sebenar yang sewajarnya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan memerintah terhadap segenap lapisan rakyatnya bertemakan Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


Jagindas: ...apa lagi agaknya selepas ini ek!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.