Khamis, 31 Januari 2013

STRATEGI RUMAH MAMPU MILIK KERAJAAN DAP

"BETAPA SENANG HATI GUA...."

Orang Kaya Saja Layak Tinggal Di P.Pinang

RUMAH MAMPU MILIK yang diilhamkan oleh kerajaan Pulau Pinang seminima RM400,000 sebuah bagi seunit apartment seluas kira-kira 1,000 kaki persegi adalah satu langkah bijak, jangka panjang dan penuh terancang bagi Lim Guan Eng atau tepatnya kerajaan DAP untuk menjadikan pulau mutiara itu sebagai penempatan orang-orang cina yang kaya-kaya sahaja.
            Jika rakyat terus memberikan mandat kepada DAP memerintah pulau itu, barangkali dalam tempoh tidak sampai sepuluh tahun dari sekarang, hasrat LGE atau DAP itu akan tercapai. Atau mungkin sederas tahun 2020.
            Bukan Pulau Pinang sahaja, bagi penulis pengumuman harga rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ia itu serendah RM200,0000 seunit (rumah teres) juga bukan realiti yang memberi ruang majoriti golongan bumiputra memiliki sebuah rumah di bandar-bandar mahupun pinggir bandar.
             Ini berikutan jumlah melayu yang memiliki pendapatan yang mampu membiaya harga rumah tersebut amat sedikit.Dalam keadan ekonomi hari ini, dengan pendapatan RM3,000 sebulan (di bandar)  sukar seseorang melayu itu hidup selesa jika membeli rumah seharga itu di samping keperluan-keperluan semasa mereka. Apatah lagi kalau mereka sudah berkeluarga.
            Justeru, langkah kerajaan Pulau Pinang mengehadkan seminima RM400,000 bagi seunit rumah amatlah jelas untuk membuang rakyat miskin daripada negeri itu terutamanya melayu. Jika hasrat ini tercapai, pulau itu akan dilihat sebagai pulau orang kaya-kaya, mewah dan bertaraf dunia. Yang pengisiannya adalah orang-orang cina kaya dan beberapa kerat melayu (?).
            Kewujudan itu nanti membawa bentuk penempatan di negara ini bertambah lagi satu wajah. Sejauh ini kita sudah ada banyak kampung-kampung baru dan kampung-kampung tersusun yang menempatkan ala kem orang cina dan beberapa perkampungan campuran kaum. Namun, di Pulau Pinang akan nanti wujud sebagai satu-satunya pulau dan sebuah negeri di Malaysia yang menempatkan secara kem orang-orang kaya berbangsa cina. Akan berkumpullah segala-gala nanti di situ. Barangkali inilah mimpi DAP yang amat diidam-idamkannya menjadi realiti masa depan.
            Sembang-sembang pagi tadi dengan rakan-rakan di kedai kopi pula, ada yang merasai seolah-olah orang-orang cina negara ini mahu kembali menghidupkan budaya 'kongsi gelap' seperti tahun-tahun 1970an dan sebelumnya. Penulis agak kabur di mana rasionalnya andaian rakan-rakan itu.
            Namun, barangkali beberapa petunjuk urusniaga haram yang banyak berlaku di negeri-negeri pimpinan pembangkang mungkin menyebabkan rakan-rakan penulis berkata begitu. Kerana, perbuatan sebegitu adalah sebahagian daripada wajah budaya hidup kongsi gelap.
            Apapun itu hanyalah andaian. Kerajaan tentulah lebih memahami keadaan dalam negara sekarang. Dan, Datuk Seri Hishamuddin Husin, mungkin adalah menteri yang paling banyak maklumat terhadap isu itu.
            Tetapi apa yang jelasnya, rakyat tentunya tidak akan menerima budaya 'samseng' dan tidak beradab itu dijadikan sebahagian daripada budaya dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
            Justeru, jika inilah yang menjadi teras rakyat, maka rakyat wajarlah mengembalikan semula pemerintahan negara ini kepada BN menerusi pilihanraya akan datang.
            Seperti Pulau Pinang, jika rakyat golongan sederhana di situ (melayu, cina dan india) mahu menjadikan pulau mutiara itu tidak dimonopoli oleh golongan cina kaya (orang-orang kaya) dan berfahaman kiri pula, maka gunakankan medan PRU13 nanti sebagai wadah untuk membetulkan semula segala kesilapan yang lalu.



Jagindas: Kesempatan hanya sekali, dan jika gagal menangkapnya bersedialah menerima kesengsaraan yang panjang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.