Macam Mana Ia Membangunkan Industeri
Pelancongan
Kononnya inilah menara untuk melihat beburung antara bangsa melawat
Perak. Tapi tidak siapapun yang teringin menjejak kaki ke sini. Mengapa pulak?
|
DARI SUDUT agenda pengisian industeri pelancongan
bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara, negeri Melaka adalah contoh
yang terbaik. Bagi penulis, menteri besar-menteri besar dan ketua-ketua menteri negeri lain seharusnya
belajar daripada Datuk Seri Ali Rostam dalam menguruskan pelancongan di negeri
masing-masing.
Ali
tidak bercakap besar dan jarang sekali meuar-uarkan sesuatu projek yang baginya
masih samar-samar. Dia tidak mabuk publisiti. Lihatlah macam mana dia menjawab
soalan wartawan, tidaklah setangkas mana. Begitu juga bila dia berucap, taklah
sehebat mana. Pendek kata, Ali lebih banyak berkerja dari bercakap.
Tahu-tahu,
sudah ada itu dan ini yang menambahkan lagi seri negeri Melaka. Kebijaksanaan
Ali menguruskan Melaka (dalam konteks pelancongan) membuatkan pelancong sama
ada dari dalam mahu pun dari luar negara tidak jemu-jemu untuk melawat Melaka.
Orang
seperti inilah sepatutnya dilantik sebagai menteri pelancongan. Justeru, bagi
penulis melalui PRU13 ini, Ali sepatutnya diletakkan sebagai calon Parlimen dan
kemudian dilantik sebegai menteri pelancongan.
Ini
kerana, tidak ramai Menteri Besar atau ketua Menteri yang mahu belajar daripada
Ali Rostam dalam hal menguruskan pelancongan di negeri masing-masing. Kalau ada
pun sejak akhir-akhir ini yang agak menonjol sedikit adalah Terengganu. Yang
lain, lembab termasuklah negeri Pahang. Pulau Pinang menjadi alasan kerana ditadbir
pembangkang tetapi hakikatnya ketika Gerakan memerintah sebelum itu pun
tidaklah semaju mana berbanding dengan aset dan keunikan pulau itu. Walhal,
Melaka dan Pulau Pinang seharusnya sama-sama menyerlah!
Penulis
percaya, bila Ali jadi menteri pelancongan nanti, tentu buah fikirnya akan
'dipatuhi' oleh negeri-negeri. Sebab, maklumlah menteri yang cakap dan suruh. Hendak
diharapkan mereka belajar pun nampaknya malas dan malu-malu. Pada hal idea
kosong. Tapi kalau bab cakap politik,Gunung Kinabalu pun bergegar dibuatnya!
Kenapa
jadi begitu? Kerana, itulah akibatnya terlalu banyak mencipta alasan!
Jagindas: Burung bangau
banyak kat tempat penulis. Bangau oh bangau...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.