Khamis, 14 Februari 2013

NASA DICAMPAK, KARPAL DIPELUK

Strategi Pas Guna Agama Makan Diri

NIK AZIZ (kiri) KELIRU, KARPAL (kanan)  BERKEPALA BATU..
ISU tuntutan penganut agama lain (selain Islam) menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab-kitab dan alatan seruan dakwah mereka yang mendapat kecaman hebat daripada kalangan orang Islam, sesungguhnya memberikan banyak hikmah.
            Namun, seperti biasa biar pun pelbagai hikmah dan pengajaran yang Allah turunkan, tetapi bagi mereka yang degil dan tidak mahu berubah, tidak mahu sedar dan taubat daripada kekhilafan terdahulu, ianya tidak akan menjadi apa-apa.
            Sebenarnya, bagi Pas isu itu turut membuka mata parti itu melihat dengan jelas sikap rakan karibnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Bermula dengan sikap PAS yang semacam menyebelahi rakan karibnya itu kemudian berubah pendirian seiring dengan keputusan majlis fatwa Islam pusat apabila ditegur oleh ahli Majlis Syura Pas.
             Sikap pusingan 'U' PAS ini menyebabkan rakan karibnya PKR lebih-lebih lagi DAP menjadi kurang senang dan geram. Sejak dari keputusan PAS menyebeli keputusan yang dibuat oleh kerajaan terhadap isu itu, DAP menerusi peluru tomahawk-nya, Karpal Singh tanpa henti menghentam, menghina dan mengugut sekutunya, PAS. Sekarang ini dari padangan zahir pun sudah nampak tunggang terbalik keadaannya!
            Dan, sejak itulah hingga sekarang, antara PAS dan DAP sering sahaja berlaku tempelak menempelak. Karpal Singh yang tidak pernah bertolak ansur dengan PAS (dan barangkali juga tidak akan menghormati orang Islam) tidak berganjak daripada tekanan-tekanannya. Maklum, beliau berperasan yang dia seorang peguam tersohor. Atas dasar itu jugalah PAS pada mula terperangkap demi kepentingan undi dan politik semasa.
            Hari ini, ulamak-ulamak PAS terus membalas tindakan Karpal. Pendek kata kalau duduk semeja, barangkali sudah lama Karal kena penampar dan penerajang!
            Pada masa sama ramai pihak termasuk dari kalangan  penyokong tegar PAS sendiri mahu parti itu memutuskan hubungan 'kerjasama' dengan PKR dan DAP sekali gus menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) yang tidak pernah berdaftar itu.
            Dan, inilah yang peliknya. PAS dengan sekutu-sekutunya itu kini dilihat bagaikan menelan mati emak, meluah mati bapak. Meski jelas antara mereka sering berbalas-balas tembakan, namun tidak pula pemimpin PAS dengan berani menyahut seruan supaya ia keluar dari PR.
            Padahal desakan seperti itu bukannya datang daripada penyokong kerajaan malah daripada kerabat-kerabat PAS sendiri di seluruh negara. Bermakna, dalam keadaan tidak lagi tidur sebantal namun PAS masih memasang mimpi yang sama iaitu masih mahu meraih undi daripada kaum cina dan india dalam PRU13 nanti.
            Atas sikap inilah yang penulis kata PAS masih tidak sedar diri dan tidak insaf-insaf. Sudah amat jelas sekarang bahawa DAP dan PKR tidak bersetuju dengan tindak tanduk PAS dalam isu kalimah ALLAH, bermakna jelaslah juga kedua-dua kerabatnya itu tidak akan memberi sokongan kepada PAS.
            Sebab itu, ramai yang berpendapat bahawa adalah lebih baik malah Afdhal PAS bergerak bersendirian seperti dulu-dulu, kalau pun PAS begitu jijik untuk menyatu dengan UMNO.   
            Sehari dua kelmarin pula beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.
            Walaupun pada penulis 'fatwa' ini agak berat bunyinya, namun pihak pemimpin tertinggi PAS wajar memahami intipati 'fatwa' ini demi kebaikan dan kepentingan Islam sejagat.
            Mungkin, sehari dua ini sukar bagi PAS untuk bersatu dengan Umno atau BN. Tetapi sekurang-kurangnya keluarlah daripada pakatan yang merosakan identiti malah akidah PAS itu sendiri. Paling tidak, Pas juga wajar belajar menghormati pandangan umum daripada akar umbinya sendiri.


Jagindas:  Daripada PAS membuang YB Nasarudin Mat Isa, lebih baik korbankan DAP dan Anwar...itupun tak boleh nak fikir ke...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.