Khamis, 28 Februari 2013

'ORANG' BN BUAT HAL LAGI...

Najib ketika melancarkan pusat UTC di Ipoh, baru-baru ini

Agihan Baucer Kar1sma Tersasar

SANA SINI sudah berbunyi. Orang yang hidupnya senang lenang, berniaga malah perniagaannya juga bagus, memiliki kereta malah berkepupayaan pula membelikan sebuah kereta untuk anaknya yang masih belajar universiti (IPTA) tetapi inilah antara manusia yang menerima baucer warga emas RM200 (Kar1sma) sebagai bantuan kerajaan untuk mereka menampung membeli keperluan harian.
            Selain itu, penerima tersebut juga belum berusia 50 tahun. Sihat. Isterinya juga sihat dan mengancam (hahahaha..). Beliau juga baru-baru turut menerima bantuan BR1M dan bantuan peralatan perniagaan untuk kedai makanannya padahal ada yang lebih memerlukan tidak diluluskan atau tidak diberikan oleh agensi terbabit.
            Kalau kita menyebut Umno yang menjadi agennya, lihatlah betapa orang Umno masih belum 'taubat-taubat' sedang pilihanraya PRU13 hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.
            Kalau agensi kerajaanlah yang menjadi agennya, inilah yang penulis maksud dalam satu tulisan di blog ini beberapa bulan lalu bahawa kecurangan pegawai-pegawai/kakirangan agensi kerajaan, swasta dan juga orang-orang parti-parti politik menjadi mangkin kepada rakyat untuk melepaskan geram mereka di kertas undi apabila tiba sesuatu pilihanraya.
            Tidak hairanlah ada yang mendakwa agihan wang zakat fitrah tahun lalu juga turut tersasar. Yang segar bugar dan  janda kaya raya dikelaskan sebagai asnaf manakala orang tua dhaif dan janda melarat dinafikan.
            " Najib buat dan betul dah. Sangat elok. Tapi yang di bawah bawah ni mcam haramjadah" seranah seorang pengundi yang mengkisahkan isu tersebut kepada penulis.
            Sebelum ini ramai juga yang mempertikaikan bantuan tempahan cermin mata (kes rabun) sebanyak RM250. Kononnya, agihan kupon itu juga macam ada kisah menangguk di air keruh....
            Entahlah. Kalaulah dakwaan saudara kita itu betul, penulis nak tanya: mengapa jadi begitu dik oi...nak mampus!

Jagindas: Kalau ya sekalipun, ingat-ingatlah mati yop...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.