Rabu, 10 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (12) - CELAKA! CELAKA! HARAMJADAH!


PAS-lah Yang Bawa Celaka Besar Pada Orang Melayu!

Dalam  akhbar Utusan Malaysia hari ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, semalam  berkata (untuk baca sila klik di sini).  Namun, seorang rakan pula membacanya dalam makna yang songsang. Dia membayangkan kalaulah seseorang kalangan UMNO boleh berkata seperti Nik Aziz begini bunyinya:

IPOH, 10 April -Kalangan orang melayu prokerajaan dan Islam menyelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz hari ini menyifatkan kewujudan PAS merupakan satu kecelakaan besar kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia.
            Mereka dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin PAS jahat dan berlagak seperti Tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama mempermain-mainkankan agama itu dalam perjuangan mereka.
            Dalam kenyataan kerasnya, mereka terbabit turut mendakwa PAS adalah parti yang paling haram di negara ini kerana mengkotak katikan Islam dan tidak mengamalkan ajaran dan sunnah Islam sebenar semata-mata mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang katanya jelas menolak Islam. Islam PAS bukan saja mencampur-adukkan ajaran mazhab malah turut menerima serap fahaman-fahaman merbahaya seperti syiah dan wahabi.
            Pada masa sama, mereka bertegas mendakwa bahawa UMNO telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin rakan sekompenannya sehingga parti itu menghormati Islam di bawah satu lambang parti gabungan yang sah iaitu Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Perikatan (kapal layar) sejak Pilihan Raya Umum dilaksanakan di negara ini lebih 50 tahun lalu.
            "Dia sebut haram undi UMNO, saya kata kalau UMNO ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. PAS lebih haram lagi kerana PAS orang Melayu, mempermainkan Islam, bila dah main-mainkan Islam, dia nak bawa hala agama ke mana, pemimpin PAS nak bawa Melayu pada agama apa.
            "PAS ni letak taraf dia serupa dengan Tuhan, pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin PAS ni letak taraf dia serupa Tuhan, senang-senang kata sembahyang orang UMNO tak sah, Tuhan tak terima, masjid orang UMNO tak ikhlas dan macam-macam lagi dia kata mendahului kerja Tuhan. Tidakkah itu bermakna PAS menyamakan dia dengan Tuhan? Celaka PAS ni, PAS ni jahat.
            "Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi PASlah yang pertama diharamkan. PAS tahu DAP memang tak boleh terima Islam, tapi kompenan lain dalam BN terima, jadi UMNO dan parti kompenannya mengamalkan sikap toleransi dalam bab ini sebagai sebuah negara yang rakyatnya majmuk.
            "Maka PAS rela ambil hati DAP sehingga sanggup jadi kuda tunggangan DAP. UMNO (menerusi prinsip) saling terima menerimai dengan seluruh ahli kompenannya bertoleransi dalam bab agama Islam dan lain-lain agama," kata seorang penyokong tegar BN yang enggan namanya disiarkan ketika diminta mengulas keceluparan Nik Aziz semalam di mana beliau menyifatkan UMNO adalah parti celaka bagi orang melayu.
            Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas deklarasi yang dikeluarkan pada Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat, dan Tahfiz seperti dilaporkan Utusan Malaysia semalam bahawa mengundi pakatan pembangkang pada PRU-13 adalah haram kerana parti pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

-habis-

Jagindas:  Dia kira mulut dia jer, mulut kita bisu ke? Mujurlah orang UMNO ini lebih sempurna akal fikirnya berbanding orang PAS, kalau tidak..... lama dah..! Apapun wahai orang yang berakal budi bersabarlah dan jaga tertib kemanusiaan sejagat. Unilah BN demi kesejahteraan masa depan kita serta anak cucu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.