Masih Banyak Lagi Aktiviti Haram
Beroperasi
SELASA LALU (25 Feb, 2014), akhbar Utusan Malaysia mempersoalkan mengapa
kumpulan cyber Red Bean Army (RBA), yang begitu jelas menjadi lidah pembangkang
yang kerjanya bertindak melampaui batas-batas penghormatan malah dilihat sentiasa
berusaha gigih untuk menghancurkan negara, masih 'kebal' daripada tindakan
undang-undang. (baca di sini)
Kewujudan RBA bolehlah
disifatkan misteri sebab pihak berwajib pun nampaknya masih berdiam diri
mengenainya. Ia seolah-olah wujud tetapi tidak dapat dikesan. Namun, sebagai
pemecah minda bersama, zaman sains dan teknologi ini, hantu dan langsuyo pun sudah
boleh di rakam secara 'live'. Jadi,
RBA nampaknya lebih halus dan licik daripada hantu! Begitu kah?
Menyusuri kekebalan RBA
itu, timbul persoalan apakah gerakan-gerakan haram yang digah-gahkan oleh pihak
berkuasa akan dibanteras habis-habisan adalah juga anak buah RBA atau rangkaian
bersamanya. Ini kerana, realitinya masih banyak aktiviti haram yang beroperasi
secara selamba, bebas dan terlepas. Misalnya, perniagaan mesin judi haram (berkomputer),
penjualan nombor ekor haram dan banyak lagi.
Kalau dalam kes RBA itu alasannya
subjek masih belum, sukar, payah, dapat dikesan, tetapi apakah pula alasannya
terhadap perimis dan individu yang menjalankan perniagaan serta urusniaga haram
seperti itu? Aktiviti itu juga sebenarnya memberikan impak yang amat buruk
terhadap institusi masyarakat terutama orang Melayu. Selain menggugat ekonomi
isi rumah aktiviti itu juga turut mempunah ranahkan institusi kekeluargaan. Dan...,
yang paling malang adalah mangsa mereka majoritinya dari kalangan orang melayu.
Dan lagi, dengan meriahnya
aktiviti haram itu ia turut menjadi penggalak kepada aktiviti jenayah lain
seperti samseng, pecah rumah, rompak, samun, curi, ugutan malah hingga membawa
kepada kes bunuh membunuh.
Selang sehari selepas itu
pula, laporan akhbar memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi, telah
melancarkan ops fasa 2 P6 terhadap peniaga-peniaga asing yang menjalankan
perniagaan menggunakan peremis dan lesen penduduk tempatan. Baguslah!
Herannya apa perlunya
berfasa-fasa. Jika perlu juga, kita nak tanya apakah fasa satu telah
benar-benar dibersih atau terbersih sepenuhnya? Saya fikir, tidak perlu KDN
membahagi-bahagikan kod ops pembeihan terhadap PATI. Apapun kedudukan dan
keadaan serta aktivitinya di tanah air ini,
mereka tetap PATI. PATI yang perlu dibersihkan dari bumi Malaya ini!
Justeru, bagi saya
pembersihan mereka hanya perlu dibuat secara pukal, berterusan dan
selama-lamanya... Ini negara kita beb...jangan nanti sampai senjata memakan
diri! ?
Jagindas: Bila
pula fasa ke 3 dan apa subjeknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.