Khamis, 27 Mac 2014

KARNIVAL KAKI KARTUN DI PERAK, HAMBAR

Istana Kelly di Batu Gajah, Perak
Akibat Promosi Dan Kempen Yang Lemah

PADA Selasa, 25 Mac, 2014, penulis menyinggahkan diri di perkarangan ‘Istana Kellie’ di Batu Gajah. Rupa-rupanya di situ sedang berlangsung Karnival Kaki Kartun sejak 22 hingga 30 Mac ini. Program tersebut dilihat hebat tetapi kurang mendapat sambutan khalayak.
            Penulis tidak berhasrat hendak mengulas perjalanan aktiviti tersebut. Apa yang penulis hendak perkatakan adalah program tersebut amat bagus disokong namun, malangnya langkah mempromosi program / aktiviti tersebut daripada pihak berkenaan khususnya bahagian pelancongan dan kebudayaan negeri Perak agak hambar. Akibatnya, khalayak bahkan ramai kalangan pencinta seni kurikatur dan animasi tempatan sendiri tidak mengetahuinya sekali gus sambutan terhadap program berkenaan menjadi dingin.
            Daripada perbualan penulis dengan mereka yang terbabit iaitu beberapa karyawan seni lukisan kurikatur dan animasi, mereka juga turut merasa ‘kecewa’ kerana sambutan daripada rakyat negeri itu agak suram sejak hari pertama mereka berkampung di situ lagi.
            “Dikebanyakan tempat sambutan khalayak terhadap program seperti ini amat menggalakan terutama dari kalangan kanak-kanak dan remaja selain daripada peminat seni lukis kurikatur dan animasi itu sendiri. Apalagi ia dibuat ketika musim cuti sekolah,” komen salah seorang daripada kartunis terkenal yang enggan namanya di siarkan ketika temui di situ.
            Bermakna, ini menunjuk bahawa tindakan meuar-uarkan aktiviti tersebut begitu lemah. Tinjauan penulis mendapati banting yang menyebut karnival berkenaan ada di gantung di beberapa tempat sekitar Batu Gajah tetapi ianya tidak menyeluruh dan disifatkan sebagai ‘malu-malu’.
            Sepatutnya, pemberitahuan seperti itu wajar diperluaskan paling tidak meliputi kawasan seluas 30 dan 40 km keliling kerana karnival itu bukan hanya untuk penduduk di Batu Gajah sahaja. Pihak terbabit juga harus menolak sebab-sebab lain (jika ada) seperti sama ada aktiviti itu digerakkan oleh sesebuah agensi atau atas projek jabatan pelancongan dan kebudayaan negeri sendiri.
            Apa yang penting usaha mereka itu secara langsung dan tidak langsung membawa keuntungan yang bertimbal-balik terhadap kepentingan industeri pelancongan negeri Perak. Selain itu, ia sekali gus membantu memeriahkan dunia seni tanah air.
            Seorang pengunjung dari Ipoh yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 30, berkata dia tidak mengetahui program karnival tersebut berlaku di situ melainkan setelah dimaklumkan rakannya menerusi pesanan ringkas menerusi media sosial.
            Beliau yang turut kesal terhadap cara pihak berkenaan membuat promosi aktiviti tersebut mempersoalkan apakah tindakan kerajaan negeri melakukan promosi dan kempen melancong ke Perak sehingga ke Gunung Kinabalu adalah sesuatu yang berbaloi sedangkan masih banyak peristiwa-peristiwa di daratan yang lebih berharga tetapi hanya dipandang sambil lewa.
            Menurutnya, usaha-usaha berbentuk karnival seperti Kaki Kartun ini wajar diuar-uarkan dan dihargai kerana sumbangan mereka tidak kurang kecilnya dalam menarik perhatian khalayak untuk turut memeriahkan program pelancongan di sesebuah negeri.
            “Dalam bab ini, bagi saya Perak ni tidak kreatif sedangkan negeri ini banyak benda yang jika digilap mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negeri Perak untuk bersantai di negeri ini.  Justeru, pembabitkan banyak pihak termasuk karyawan-karyawan hendaklah dialu-alukan .
            “Amat sayang sekali kerana kita mempunyai infra, kemudahan serta bahan yang cukup baik tetapi ia gagal digilap dan dimanfaatkan oleh pihak jabatan pelancongan negeri. Apakah negeri ini sekadar berpuas hati dengan lagenda Perak Man, Kellie Castle, Bandar Taiping dan Pangkor sahaja? Itu pun tidaklah digilap semenarik manapun,” katanya.
            Tahun lalu, penulis pernah menulis kelemahan sektor pelancongan negeri Perak menggilap serta mempromosikan negeri itu dan mencadangkan supaya mereka terbabit belajar daripada Melaka supaya industeri pelancongan negeri Perak lebih maju serta meriah, baca di sini.
            Kemeriahan industeri pelancongan di sesebuah negeri mampu memberikan pelbagai peluang kepada rakyat khususnya penduduk setempat dalam meningkatkan sumber pendapatan dan taraf hidup mereka.



Jagindas: Kerajaan Kedah sudah mula belajar dengan Melaka...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.