Lepaskan Jawatan Atau Dicabar!
SEMASA remaja dahulu, penulis diberitahu rakan-rakan
politik kononnya prinsip politik Mohd Najib Tun Razak adalah jenis ‘play safe’.
Malah, sehinggakan Najib memegang jawatan tertinggi dalam parti (umno)
sampailah beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pun, kalimat ‘play safe’ itu
masih disebut-sebut. Bahkan, ada yang menokok tambah kononnya Najib juga pengidap
‘TB’ (dari jenis takut bini). Entahlah.. mulut manusia dan fitnah politik
seperti itu adalah perkara biasa. Dan, kebanyakan orang politik pun sudah kebal
dengan cercaan seperti itu!
Dicelah-celah tohmahan itu,
isterinya Rosmah Mansor, turut dikaitkan sebagai pembawa ‘malang’ kepada Najib.
Malang apakah? Wallah huallam.
Hinggakan, ada yang kata, “bolehkah
orang jenis macam itu mentadbir negara dengan sempurna?” Justeru, cara Najib
mengikut telunjuk dengan menunaikan pelbagai permintaan yang adakalanya agak
berlebihan daripada kaum cina dan india disifatkan menterjemahkan lagi sikap “play
safe” beliau itu.
Memang, sikap ‘play safe’ Najib itu setakat
ini banyak memberikan keuntungan kepada kerjaya politik beliau. Dibandingkan
dalam zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah, banyak kritikan dihamburkan kepada kedua-dua
bekas perdana menteri itu termasuk mencabar mereka untuk jawatan nombor satu
dalam Umno, namun tidak di zaman Najib memerintah.
Ada yang kata, berdasarkan kepada senario politik tanah
air hari ini, khususnya terhadap ‘kehidupan Umno’, adalah dijangkakan
pilihanraya umum ke 15 (PRU15) nanti sebagai amat sukar bagi Barisan Nasional
(BN). Selain betapa sukarnya menyatukan orang melayu (khususnya generasi baru)
di bawah satu bumbung, sikap orang cina dan india yang semakin nipis semangat
dan roh BN adalah antara faktor teras yang bakal menggoncang kestabilan BN dan
kerajaan!
Ketua Editor Berita Publishing Sdn.
Berhad yang juga bekas Pengarang Kumpulan Akhbar NST, Datuk A Kadir Jasin,
dalam posting terbaru di blog-nya turut memperkatakan kedudukan Najib.....Jika
diamati dan diperhalusi, pemikiran tulisan Kadir Jasin itu, ia turut
membayangkan masa depan Umno dan BN. Baca di sini.
Jagindas:
Apakah
melayu semakin tak kisah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.