SEMALAM, jagindas bertemu seorang rakan lama di sebuah
taman perumahan. Dia business man.
Kawan-kawannya kata dia ada lesen klas A, ada kedai dan macam-macam bisnis dia
buat. Pendek kata tengah naik. Alhamdulillah,bila lagi orang melayu nak maju,
ya tak?
Dulu
pernah berkerja sebagai penjawat awam. Pencen dah. Dah lama, lebih 10 tahun -
pencen awal katanya. Biasalah, kalau jumpa orang bisnis mesti cerita bab
bisnis. Saya suka lihat orang melayu berbisnis, jadi saya cuba-cuba
menempek-nempek sembang bisnisnya.
Di
tengah-tengah sembang itu, beliau tiba-tiba menunjukkan kad bisnisnya. Saya
terkejut beruk dibuatnya, sebab kad itu tertera lambang parti-parti Pakatan
Rakyat (PR). Dia tersenyum bangga dan menegaskan bahawa beliau akan menjadi
calon PKR untuk Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) nanti.
Nak
kata apa lagi. Saya ucap tahniah kepadanya. Bukan tahniah kerana masuk parti PR
tapi tahniah kerana berani bertanding, menentang arus lagi!. Kalau sah jadi
calon nanti, saya akan ucap tahniah lagi. Kalau menang atau kalah, yang ini
saya sedang fikir nak beri apa pulak kepadanya! Takkan tahniah atau takziah
saja kut.
Sebagai
orang lama dan rakan lama, dia tahu saya tak begitu gembira dengan percubaan
barunya itu. Dulu dia orang UMNO, penyokong tegar. Dia tahu itu dan saya tahu
itu. Dia mendakwa kerajaan BN di kawasannya gagal memberikan kebajikan kepada
penduduk setempat terutama orang miskin, janda-janda dan kaum belia yang tidak
punya arah hidup.
Menurutnya,
sekarangpun beliau sedang berusaha memperjuangkan bagi memastikan tanah-tanah
kosong kerajaan di sekitar kawasan itu dapat dimiliki oleh mereka yang
betul-betul berhak untuk dimajukan bagi meningkatakan ekonomi penduduk terbabit.
"Dengan memiliki tanah tersebut, kita
sebenarnya telah membantu dia untuk menjana kehidupannya seumur hidup,
sedangkan bantuan bermusim-musim seperti yang ada sekarang gagal memberikan
kesan positif terhadap pembangunan keluarga mereka," katanya dengan
penuh semangat.
Atas
dasar dan kenyataan itu, saya amat bersetuju. Betullah tu. Dasar perjuangan
nampknya sudah berputik cantik. Cumanya yang nak kita lihat, jadi atau tidak,
tercapai atau terkapai hasrat tersebut.
Dia
yang begitu yakin dapat menawan hati pengundi di kawasan itu berkata sebenarnya
dia tidak punya wang untuk melayari politiknya itu. Menurutnya, setakat ini dia
cuma ada merizabkan wang pertaruhan jika dicalonkan nanti.
"Ibarat kenduri kahwin, kita akan
laksanakan kenduri ala kadar, namun kita yakin setiap jemputan akan berpuas
hati manakala yang tidak dijemput tidak akan berkecil hati malah terus
memberikan sokongan moral kerana mereka faham kemampuan kewangan kita",
itulah permainan bahasa yang halus menusuk kalbu ketika dia mengulas kedudukan
dirinya sebagai bakal calon PKR yang sekaligus mengenepikan kuasa wang dalam
poltiknya.
Sebagai
rakan, saya kena hormat dia dan haknya sebagai rakyat di negara ini. Namun,
saya juga tidak terbungkam untuk memberikan pandangan atau nasihat. Justeru,
sebelum berpisah saya sempat mengatakan kepadanya bahawa berjuanglah ikut
manapun, namun saya mohon jangan sampai bangsa melayu dan tanahair bertuah ini
menjadi mangsanya.
"Itu hak you nak berjuang ikut parti
manapun, tapi tolong pastikan agama, bangsa dan negara tidak digadaikan walau
atas apa dasar dan sebab sekalipun, malah kalau boleh parti you tu lebih hebat
daripada apa yang diperjuangkan oleh UMNO," saya hulurkan tangan dan
minta diri. Saya melihat dia mengangguk hambar...
Jagindas: daripada
dulu, kini dan selamanya saya adalah
orang kerajaan...
dh habih pikio ke mamat ni
BalasPadam