MEMANG, apabila menyebut kebebasan berpolitik dalam
konteks negara ini, bermakna setiap rakyat bebas memilih mana-mana parti
politik yang berdaftar untuk disertainya atau dijadikan medium untuknya
berjuang menerusi parti politik kesukaannya.
Begitupun,
sebagai kakitangan awam anda sewajarnya tidak memilih parti lain selain yang
memerintah sekarang. Demikian jugalah sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan kerajaan
selepas melalui satu-satu proses pilihanraya umum. Saya percaya, barangkalai
inilah yang dimaksudkan oleh KSN yang baru, Datuk Ali Hamsa, yang mahu
kakitangan awam terus menyokong kerajaan.
Ajakan
ini bukan bermaksud kuku besi atau terpaksa memaksa. Apa maknanya kita mengakui
orang kerajaan, menikmati segala hal kenikmatan yang diberikan sedangkan hati
dan perasaan serta kasih sayang menumpu ke pihak lain? Inilah yang dikatakan
orang berbudi kita berbahasa. Janganlah pula menjadi duri dalam daging.
Ibarat
seorang isteri, kalau sudah hilang taat setia kepada suami, kalau sudah bermain
kayu tiga, atau kasih menumpah kepada yang lain, adalah lebih baik meminta
cerai daripada suami meskipun perbuatan itu tidak disukai Allah Taala.
Barang
diingat, bahawa setelah kerajaan terbentuk kakitangan awam telah menjadi hak
rakyat tidak lagi memihak kepada kumpulan tertentu. Perkhidmatannya tidak
diikat oleh parti-parti politik sebaliknya dia akan terus melaksanakan dasar-dasar
dan program-program kerajaan yang memerintah di bawah pimpinan Perdana Menteri
dan di bawah naungan Duli Yang Dipertuan Agong.
Di sinilah
kakitangan awam perlu telus, jujur, berintegriti dan berkredibiliti sepanjang
perkhidmatan mereka dalam sektor awam. Menyebut dan memaparkan kata-kata
tersebut yang kemudian dipamer di kaunter-kaunter dan di pejabat-pejabat atau
peremis-peremis kerajaan memang senang. Namun, adakah semua kakitangan awam dan
khalayak faham sebenar-benarnya makna yang dituntut oleh tinta keramat itu.
Kita
tidak mahu nanti ada ketua jabatan yang gagal mengambil tindakan terhadap
kakitangannya yang bersalahlaku disebabkan kakitangan tersebut adalah orang
kuat politik atau orang kanan sipolan sipolan.
Begitu
juga, kedengaran keluhan, simpati, kesal dan marah apabila berlaku pertukaran
pegawai atau ketua jabatan atas desakan orang politik hanya disebabkan
perkara-perkara yang kecil atau lebih malang setelah pegawai tersebut tidak
dapat menunaikan permintaan orang bernama itu berikutan kehendaknya
menyalahi peraturan atau prosedur.
Selain
itu, banyak yang dikeluhkan oleh penjawat awam ini dan saya kira cuepacs dan
kesatuan-kesatuan sekerja tentu ada maklumat jelas mengenainya. Antara lain termasuklah ketidakpuasan hati
kalangan penjawat awam terhadap sistem kenaikan pangkat di sektor-sektor
tertentu.
Percanggahan
dan pertelagahan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kementerian-kementerian
seharusnya tidak berlaku.
Insiden-insiden seperti ini perlu dikawal jangan sampai terburai ke luar
kerana pihak yang menentang akan sentiasa mengambil peluang dan ruang yang ada
untuk kepentingan hati busuk mereka.
Tun
Mahathir ketika mula menjadi Perdana Menteri telah memberikan kod etika yang
sepatutnya diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini berterusan iaitu BERSIH,
CEKAP DAN AMANAH. Malangnya,
penyalagunaan etika maksud cogan kata itu mendorong ada pihak yang cekap
menyapu bersih kekayaan negara tanpa memperdulikan nilai-nilai amanah yang amat
dituntut oleh Islam.
Dalam
konteks rasuah, selalunya orang akan berkata: KALAU TIDAK ADA YANG MEMBERI TIADALAH YANG MENERIMA. Kita perlu
terbalikkan bidalan ini bagi mengukuhkan kakitangan awam sebagai pegawai kerajaan
yang berjati diri kepada: KALAU TAK ADA YANG SUDI MENERIMA MAKA TAKKAN BERANI ORANG
NAK MEMBERI.
Justeru,
dalam pemerhatian saya secara peribadi, ada beberapa peraturan dan prosedur
kerja yang diamalkan oleh sektor swasta, boleh memberikan manfaat bagi mencantikkan
lagi pengurusan perkhidmatan awam jika
ia dapat dipraktiskan dalam sektor kerajaan.
Memang
benar, adalah sukar malah barangkali mustahil bagi kita untuk memenuhi kepuasan
hati semua orang. Namun, jika setiap orang beriltizam untuk menjadi yang
terbaik, buku perintah am tidak perlu lagi diletakkan di atas meja ketua
jabatan....
(bersambung ke bahagian 3)
Jagindas: seorang kawan yang
pernah berkhidmat lebih sepuluh tahun di sektor swasta berkata sekarang ini dia
releks sikit sejak berkhidmat dalam sektor awam (kerajaan). Apa maknanya tu...???
Negara kita hebat dalam membuat kajian terutama kajian beban tugas penjawat awam, dalam pada masa yang sama negara kita juga hebat "melepaskan batok di tangga"
BalasPadam