Selasa, 26 Jun 2012

GELAGAT PENJAWAT AWAM - bhg. 1

BERKERJALAH DENGAN HATI SUKA

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa (DSAH), dalam kenyataan sulungnya selepas dilantik sebagai KSN yang baru menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hasan, mengingatkan semua kakitangan awam supaya menyokong kerajaan yang memerintah (tentunya dirujuk kepada kerajaan pusat).
            Pada masa sama beliau turut menyeru kira-kira 1.4 juta golongan berkenaan melaksanakan tugas mengikut lunas yang sewajarnya bagi memastikan pengurusan pentadbiran awam berjalan lancar sejajar dengan pergerakan pembangunan negara.
            Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada DSAH atas perlantikan ini dan berharap dibawah pimpinan DSAH sektor perkhidmatan awam akan terus cemerlang dalam tugasnya demi untuk rakyat dan negara.
            Dengan kata lain, penjawat awam hendaklah menjalankan tugas mereka berpaksikan HATI SUKA dan bukannya berkerja kerana SUKA HATI.   INGAT, tidak ada sesiapa yang memaksa tuan-tuan untuk memohon jawatan yang disandang sekarang melainkan dengan kehendak dan keputusan anda sendiri. Setiap tawaran yang ditwarakan boleh di tolak atau diterima. Namun, setelah diterima, tuan-tuan menjadi milik sepenuhnya sektor  berkenaan.
            Maka, setelah mendapat kerja, patuhilah prosedur kerja dan fahamilah bahawa sektor tersebut adalah dibawah naungan kerajaan yang memerintah dan ada satu kitab di atasnya yang mengawal perilaku penjawat awam iaitu Perintah Am.
            Pertimbangkan balik, bahawa tuan-tuan adalah seorang yang bernasib baik berbanding beratus ribu rakyat di luar sana kerana diterima menerima rezeki di sektor awam sedang mereka yang lain meratap  siang dan malam menagih kerja demi untuk sebuah kehidupan.
            Janganlah bersikap seperti melepaskan anjing tersepit. Umumnya, iklim politik tanah air kita semakin bersikap keterbukaan.  Namun, politik dalam sistem demokrasi berparlimen adalah satu wadah untuk rakyat bagi mencari kumpulan majorti yang di sokong  dan seterusnya diangkat untuk memimpin sebuah kerajaan selepas setiap kali berlakunya pilihanraya umum.
            Setelah menjadi kerajaan, maka tugas semua rakyat hendaklah mematuhi sistem, dasar, peraturan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan tersebut.  Untuk ketika ini, kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN), maka semua rakyat lebih-lebih lagi kakitangan awam hendaklah patuh dan taat setia kepada kerajaan berkenaan.
            Orang awam termasuklah orang-orang politik meski menghormati ketelusan serta integriti perkhidmatan awam yang melaksanakan tugasnya. Demi keadilan, ketelusan, integriti dan kredibiliti sesebuah organisasi pentadbiran kerajaan, maka sepatutnya tiada pihak bertindak mencampurkan kuasa-kuasa politik mereka dalam pentadbiran kerajaan dalam memperjuangkan sesuatu.
            Justeru, KSN hendaklah fokus terhadap karenah dan permainan seperti ini kerana rakyat di luar sana yang majoritinya sudah berilmu melihat perilaku-perilaku yang memuakkan itu dan akhirnya boleh menyebabkan "dendam" yang memberi kesan menconteng kepercayaan rakyat terhadap jentera pentadbiran awam kita.
            Memang, budibicara termasuk dalam nilai-nilai kemanusiaan ketika mempertimbangkan sesuatu perkara atau peristiwa-peristiwa diluar jangka mahupun dalam  keadaan terdesak atau kecemasan. Pun begitu, keistimewaan budibicara ini hendaklah tidak disalah erti apalagi disalah guna sehingga khalayak merasakan tindakan tersebut telah menidakkan peraturan atau perintah sedia ada.
            Syabas Datuk Seri Ali. Daripada dua tiga kenyataan akhbar yang DSAH berikan saya percaya sektor perkhidamtan awam akan bertambah gah dan dihormati oleh seluruh rakyat di dalam dan luar negara.

(bersambung)

Jagindas:   terima kasih kerajaan Malaysia semoga negaraku ini terus maju, aman dan makmur..

1 ulasan:

  1. emmm....
    Ramai yang.....,
    kerja suka-suka,
    suka-suka kerja,
    tak suka tak kerja,
    TETAPI
    tak ada yang suka kerja !

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.