Isnin, 25 Jun 2012

JANGAN TIPU FAKTA SEJARAH - merbahaya!


Semalam, entah macam mana saya menulis tentang Anwar Ibrahim yang tidak saya sukai sejak sebermulanya Anwar itu dalam politik UMNO. Memang  getik betul nak sebut nama dia ni. Bila dah tersebut maka banyak pula yang nak diperihalkan tentangnya.
            Oleh kerana saya telah mengcap dia sebagai pembawa celaka dalam kerajaan (UMNO), maka sudah tentu saya meneliti setiap pentadbiran yang diterajuinya. Pendek kata, apa yang dia pegang semuanya macam tikus baiki labu. Belia, porak peranda. Sistem pendidikan,  lintang pukang. Ekonomi negara, tunggang langgang! Yang pasti hari ini, desas desus mengatakan dia ada 3bilion sekarang.
            Syukurlah, walaupun tindakan Perdana Menteri ketika itu saya sifatkan terlambat, namun Tuhan masih menyebelahi kejujuran kerajaan hari ini dan Alhamdulillah, negara kita terselamat daripada malapetaka yang besar-besar.
            Justeru, pemimpin hari ini adalah diharapkan tidak terikut-ikut dengan prinsip dan falsafah yang pernah menular dalam kakitangan kerajaan yang menjana pentadbiran negara ini kerana kita harap tiada lagi tikus yang membaiki labu.
            Untuk bicara hari ini, saya suka memfokuskan kepada sistem pendidikan negara kita. Kementerian pelajaran kini telah menjalankan pelbagai kajian semula terhadap pelbagai aspek bagi memantapkan sistem pendidikan yang teras besarnya adalah bagi mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang berjiwa negara selain memastikan rakyat negara ini akan terus mampu membangunkan negara sendiri tanpa bergantung pada orang lain.
            Subjek sejarah kembali menjadi topik dan mula diajar kepada murid-murid sekolah rendah. ini bermakna, kerajaan sedar mata pelajaran itu yang terpinggir sekian lama memberi kesan dan impak kepada pemikiran generasi hari ini. Masih ingat tak ketika bila matapelajaran ini tersingkir dari sukatan pelajaran sekolah rendah? Jawapannya, ketika Anwar jadi menteri pelajaran.
            Bukan itu sahaja, ketika itu secara perlahan-lahan beliau turut menggesa supaya kandungan pendidikan sejarah di sekolah menengah juga dilembutkan. Kononnya, bahagian-bahagian yang menyentuh isu kaum dan hal-hal yang sensitif tidak sesusuai untuk negara berbilang kaum.
            Ketika itulah saya memberontak dalam hati bahawa Anwar sedang berusaha menipu sejarah dan biasanya tingkah laku seperti ini dibuat adalah untuk kepentingan politik peribadi jangka panjang.
            Jelas sekarang, anak-anak yang dididik zaman itu yang kini sudah dewasa dan melepasi usia 40an tidak mempunyai kekuatan sejarah negara mereka dalam diri. Orang sekarang kata kurang jati diri atau tiada langsung!
            Justeru, saya mengingatkan kementerian pelajaran, sejarawan-sejarawan negara dan mereka yang bersangkutan dengannya kembalikan teks sejarah negara ini kepada asalnya. Jangan menipu sejarah. Jika sejarah negara ini cuba di tipu kandungannya atau ditulis dengan versi yang kononnya menyeimbangi semua pihak, percayalah ia serupalah seperti kita mengundang satu keterbalikan hakikat sebenar untuk beberapa tahun akan datang.
            Sejarah itu mesti berdiri atas faktanya yang sebenar. Maka nyatakanlah yang sebenar-benarnya sekalipun ia amat pahit untuk dikatakan dan menyakitkan kepada satu pihak yang mendengarnya.
            Guru-guru yang terbabit dengan pendidikan ini perlu diberikan pendedahan yang luas serta mempunyai ilmu yang cukup kerana kegagalan mereka menyampaian kebenaran sejarah termasuk hal-hal yang tersurat dan tersirat menyebabkan pendidikan itu menjadi hambar dan tidak bermakna.
            Mengambil pengalaman pendidikan sains dan matemtik dalam bahasa inggeris (ETeMS), kelemahan utama menjadikan ia gagal dilaksnakan adalah faktor guru tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menjana  sistem itu. Ia itu, guru sendiri tidak mahir berbahasa inggeris.
            Sains dan matematik adalah pelajaran yang bukan sekadar memberitahu murid tentang sesuatu fakta tetapi ia memerlukan pencapahan elebrasi yang jelas. Dan di sinilah guru-guru tersungkur kerana guru sendiri tidak pandai berbahasa inggeris. Proses elebrasi memerlukan kekuatan bahasa. 
            Kesilapan di sini, sepatutnya sebelum terlaksana program tersebut, kerajaan hendaklah memastikan setiap guru hendaklah menguasai bahasa itu terlebih dahulu sebelum murid-muridnya.
            Inilah yang orang tua-tua kata, membuat kerja menyongsang akhirnya memudaratkan diri. Tambah malang, ada sekolah di mana murid-murid lebih bijak berbahasa inggeris berbanding gurunya.
            Apapun kerja yang hendak dibuat, keghairahan itu penting bagi menghidupkan mood sesuatu projek tetapi janganlah sampai tersasar hingga hilang arah. Satu lagi, kerja-kerja yang besar besar hendaklah di laksanakan dengan penuh teliti dan tidak tergopoh gapah. Inilah yang orang tua-tua kata, "biar lambat asal selamat".


Jagindas:   sebut sahaja Mat Kilau, Datok Bahaman, Tok gajah, Datok Maharajalela,  - berderau bulu roma. sebut 13 Mei,...mengirap darah!

1 ulasan:

  1. Negara yang berjaya, kukuh dan maju berdiri di atas sejarah terutama sejarah negara itu sendiri. Lihat sistem pendidikan US, UK, German, Holland, China, Jepun dan Korea dan ambil jiran yang terdekat Singapura. Sejarah dititikberatkan dalam konteks kurikulum pendidikan mereka kerana pemimpin mereka sedar, jati diri dan ketebalan kerakyatan yang cintakan negara itu penting. Lihat statistik rakyat negara-negara yang saya sebut. Berapa orang rakyat negara tersebut beralih kerakyatan menjadi warga negara lain. Jati diri yang luntur dek kerana tiada penghayatan sejarah ibarat loji nuklear yang berdindingkan loji dari material murahan !
    Saya kurang setuju yang Tun M silap congak atau kurang jauh pandangan dengan membawa Anwar ke dalam UMNO kecuali Tuan Jagindas arif dengan corak mentalis Tun M.
    Dajalnya Anwar itu sendiri yang ibarat KADUK NAIK JUNJUNG kerana beliau tiada jati diri dan penghayatan dari iktibar sejarah negara.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.