Petang tadi saya dipelawa oleh rakan-rakan dari kalangan
kaum tionghua ke restoran kedai cina untuk menikmati minuman teh china panas. Mereka semua dah tua-tua
macam saya juga. Berusia anatara 60 dan 80 tahun tapi masih cergas, sihat akal
dan badannya. Kiranya petang ini saya berbual-bual sesama geng apek cuma
bezanya saya masih berhati muda. hahaha.
Mereka
kata teh yang diminum petang itu adalah teh yang dibeli daripada negara China
dari jenis berkualiti tinggi. Mahal, katanya. Mereka percaya teh china mampu
memberikan kesihatan badan yang berkekalan selain membantu menstabilkan suhu
badan.
Saya
bertanya siapa-siapa antara mereka yang baru balik melancong ke negara China
atau menerima teh tersebut sebagai hadiah daripada kenkawan yang baru balik
melancong. Rupa-rupanya mereka sendiri yang baru saja balik setelah sepuluh
hari berada di sana.
"Sudah tua, kerja pun tak lalu lagi,
wang ada sikit-sikit, kasi jalan-jalan la sebelum mati" kata seorang
daripada mereka memberitahu saya. Ok lah tu.
Bagi kita orang Islam, kita ada haji, ada umrah dan ziarah. Mekah dan
Madinah tempatnya. Antara tempat yang mereka lawati termasuklah daerah Hunan
yang mereka anggap sebagai tempat wajib
untuk dilawati jika ke China. Setahu
saya, Hunan adalah tempat kelahiran Moa Tse Tung.
Saya
terpukau melihat rakaman gambar foto ketika mereka di sana. Antaranya mereka
menunjukkan rumah dan muzium Moa Tse Tung. Kita semua tahu, Moa Tse Tung adalah
satu nama besar pemimpin komunis di China. Malah, pengaruhnya menjalar ke
Malaya (nama negara ini sebelum dikenali sebagai Malaysia) sehingga timbul pula
satu nama besar di Malaya iaitu Cheng Peng. Khabarnya, Cheng Peng tengah nazak
di hospital Bangkok, Thailand.
Kerana
tidak gemar dengan tokoh itu, saya terus bertanya mengapa mesti melawat ke situ
dan kenapa mereka tidak memilih tempat
lain sebagai destinasi melancongnya.
Biasalah, walaupun di lahirkan di sini dan usiapun sudah mencecah lebih 70, 80
tahun, namun mereka tidak upaya nak menjelaskan kepada saya melalui bahasa
melayu tentang soalan saya itu.
Maka,
dalam bahasa yang tonggang langgang dan kenkadang langsung tak faham apakah
butir buahnya, tetapi dapatlah saya simpulkan bahawa mereka mengingati tokoh
itu sebagai satu tokoh besar yang mesti dihormati oleh semua orang cina hatta orang-orang
cina diseluruh dunia sekalipun. Lebih kurang macam kita orang islam menghormati
Nabi (saw).
Kesimpulan
saya pendek sahaja, ini bermakna walau dimanapun mereka (orang cina) berada,
dia tetap menghormati sejarah peradaban permulaan bangsanya. Walau apapun
perubahan yang berlaku sekarang terhadap diri mereka yang kini telah menjadi
warganegara lain, bagi mereka keagungan tokoh berkenaan tiada tolak bandingnya.
Melihatkan
gelagat-gelagat apek ini, saya teringat ketika melawat indonesia beberapa bulan
lalu. Di sana saya sempat berbual dengan seorang cina-indonesia. Dia bukan
sahaja faseh berbahasa indonesia tetapi juga mahir menceritakan sejarah
tempat-tempat yang saya lawati dalam bahasa itu.
Jagindas: di mana
bumi dipijak di situ langit dijunjung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.