Pelik betullah jiran kita yang satu ini, Singapura. Tak habis-habis buat hal. Dalam banyak peristiwa yang berlaku antara dua negara ini, Malaysia masih 'steady' dengan falsafah menghomati jiran dan sesama keluarga Asean. Tidak pulak bagi mereka, lain di meja rundingan lain pulak bila di luar.
Cakap tak boleh pakai. Kalau dia geleng, gelenglah maksudnya tapi masalahnya perkara yang diangguknya pun geleng juga maksudnya. Kata pepatah melayu, mereka ini diumpamakan sebagai di luar pepat di dalam rencong.
Seolah-olah,
pertemuan-pertemuan yang dibuat selama ini menerusi bermacam wadah hanya
sekadar memenuhi ruang sedang hati mereka sudah menetapkan satu keputusan lain
yang mereka dan kuncu-kuncunya sahaja yang tahu serta faham.
Semangat
Asean jelas menyatakan bahawa adik beradik tidak akan mencampuri urusan dalaman
rumah tangga masing-masing. Malah laungan ini disebut setiap kali pertemuan
antara pemimpin-pemimpin negara Asean di adakan seperti yang tercatat dalam
deklarasi semangat Asean. Siap jabat tangan akrab dan senyum manis lagi!
Kejujuran
Malaysia dalam istilah bersahabat dan bersaudara amat jelas. Namun, nampaknya
ada ahli keluarga Asean yang tidak 'respect'
dengan kejujuran dan keikhlasan Malaysia itu .
Apa
yang Singapura cemburu sangat terhadap Malaysia ni? Itu soalan bodoh
sebenarnya. Banyak benda yang mendorong Singapura kerap berpandangan serong
kepada negara ini. Kalau tidak, takkanlah jadi tindakan mereka (diplomat) menyokong
benda-benda yang melanggar undang-undang negara, seperti perhimpunan Bersih 3.0
baru-baru ini.
"Kalau nak sokongpun, sokonglah
kerajaan yang memerintah, kamu (diplomat) tu adalah wakil kerajaan Singapura
kepada kerajaan yang memerintah Malaysia. Kalau memang dah kamu minat sangat
kepada pembangkang negara ini, maka tak payahlah jadi diplomat, jadilah
penyamun tarbus!"
Demikian
antara komen rakan-rakan apabila membincangkan perangai pegawai diplomat
Singapura yang dipercayai menyokong perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini
menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) naik angin. Khalayak juga turut marah!
Jadi
benarlah kata Tok Him (Dato' Ibrahim Ali), nyahkan mereka dari Malaysia ini dengan segera dan gantikan
dengan yang lain.
Saya
nak tambah sikit, bukan sahaja ganti yang baru, malah mana-mana diplomat yang datang
selepas ini pulak, kita ajarkan secukup-cukupnya kedudukan, peranan dan tanggungjawab
mereka dari A-Z sebagai pegawai diplomatik.
Biarpun
mereka memang sudah tahu, tapi kita kena ajar dia satu-satu sebab mereka ini
selalu buat-buat tak tahu. Sebab itulah mereka melakukan perkara yang boleh menyusahkan hubungan
antara negara. Adik beradik pulak tu! Pendek kata kena buat macam mengajar budak-budak
sebelum mereka melakukan kejadian yang menyusahkan kita.
Melihatkan
perangai sang diplomat ini (yang juga menggambarkan sikap negaranya sendiri),
saya teringat kata orang tua-tua bahawa orang seperti mereka ini disifatkan
sebagai kalau kita biar dia berjalan di belakang kita, dia akan pijak tumit
kita, maka tersembamlah kita ke bumi. Kalau pulak kita bagi ruang dia berjalan
di depan, dia akan berlari meninggalkan
kita. Hendak diajak berjalan seiring, muka kitapun dia tak nak lihat.
Huh, kacau. Kacau sudah mari weh.....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.