Isnin, 11 Mac 2013

RAKYAT PERLU CURIGA TERHADAP ORANG LUAR

TAK PERLU LAGI BELAS KASIHAN!

Bersihkan PATI Hingga Putih Berkilat

PERISTIWA pencerobohan bersenjata di Sabah yang kini telah mengorbankan lapan anggota keselamatan negara wajar dijadikan sempadan kepada semua pihak rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Kerajaan Malaysia untuk menilai semula kelembutan dan semangat toleransi yang diamalkan oleh negara ini supaya ia tidak sampai memakan diri sendiri.
            Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini masih belum terhapus sepenuhnya. Mungkin juga masih ramai yang bertapak di sini. Negara perlu berpandang serong kepada semua PATI berikutan apa yang berlaku di Sabah menjadikan kehadiran tanpa di sedari dan berdokumen ini sebagai satu permulaan mengatur startegi.
              Negara dan masyarakat setempat wajar melihat insiden di Sabah sebagai senjata makan tuan di mana kelembutan dan semagat bertimbang rasa sesama serantau akhirnya mejadi perangkap kepada negara sendiri.
            Sejajar dengan itu juga, kerajaan juga diharapkan dapat mengkaji semula kaedah-kaedah pemberian taraf kerakyatan Malaysia. Ini kerana, Malaysia juga semakin terhimpit dengan sikap kerakusan politik tempatan (pembangkang) sehingga sanggup menggadaikan maruah dan nyawa rakyat jelata.
            Kesediaan beberapa kerat rakyat kita yang sanggup mempelekeh dan menghina anggota keselamatan, memburuk-burukkan negara dan sanggup mendedahkan pelbagai maklumat sulit kepada negara asing dan kelompok luar (termasuk militan) juga adalah antara elemen yang turut meletakkan negara pada keadaan merbahaya.
            Justeru, anggota keselamatan (meliputi polis, tentera, imegresen) termasuk juga Rela perlu disepadukan tenaga untuk mengesan, menahan, menangkap lansung menyahkan mereka (Pati) daripada negara ini. Sebelum mereka dinyahkan, data peribadi meraka juga perlu direkodkan bagi memudahkan pengesanan pada masa akan datang.
             Sesungguhnya insiden di Sabah adalah satu petanda bahawa kecuaian, sikap bertimbang rasa dan sikap kepentingan diri sesetengah pihak telah memerangkap Malaysia ke kancah yang menyayat hati. Ia juga telah membuka mata dunia antara bangsa untuk campur tangan dalam urusan dalam negara kita. Sehingga hampir-hampir mencemar kedaulatan negara.
            Pada masa sama kekuatan dan keberkesan jabatan Maritim juga perlu dikaji semula. Malah, soal-soal pengawalan sempadan di lautan wajar disertai oleh Tentera Laut, Maritim dan Polis secara bersepadu sebagai yang berlaku sekarang di Lahat Datu. Sementara, sempadan-sempadan di daratan pula sewajar disepadukan kekuatan dan kepakaran daripada angkatan tentera darat dan udara, Imegresen, Kastam serta Polis Diraja Malaysia.  
            Demi mempertahan dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara, maka semua jabatan dan unit-unit penguatkusa terbabit perlu disepadukan tenaga dan kepakaran mereka.
            Selepas ini kita tidak lagi mahu mendengar masalah kekurangan tenaga dan kepakaran mengakibatkan sesuatu musibah berlaku. Insiden ini juga wajar memberikan pengajaran kepada semua orang politik untuk menilai betapa pentingnya menjaga maruah dan keselamatan negara bukan sekadar manis bercakap di bibir sahaja.
            Penulis teringat kata-kata Tun Musa Hitam (bekas Timbalan Perdana Menteri) dalam satu kenyataanya kira-kira lebih 3o tahun lalu: Kita Perlu Sedikit Kurang Ajar! Dengan kata lain bebaik sangka biarlah berpada-pada.Biarlah orang yang datang menjadi serba-salah jangan pula kita yang menanti beralah-kalah.

Jagindas: Nak kata buta tak buta, nak kata pekak tak pekak tapi bergerak seperti buta dan pekak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.