Mungkin perlu diperbanyakan... |
Pastikan Majoriti Lebih 2/3 Rakyat Tidak Ada
Sindrom Gila!
BERLAKU sahaja peristiwa
pencerobohan bersenjata di Sabah oleh pengganas Kiram, timbul bermacam-macam
cerita yang kurang ajar berkaitannya. Antaranya terdapatnya campur tangan dari
dalam negara yang memberikan 'kekuatan dan keyakinan' kepada puak penceroboh
khususnya kaum kerabat yang kononnya mengaku mereka adalah dari kesultanan Sulu
sebenar. Terpacul juga suara-suara bacul yang memperlekeh dan menghina pasukan
keselamatan negara. Malah paling kurang ajar adalah terdapat rakyat negara ini
yang menyifatkan peristiwa malang itu sebagai satu sandiwara Umno menjelang
pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti. Orang ini memang tidak layak menjadi rakyat
Malaysia.
Syukur
Tian Chua sudah didakwa. Rakyat harap Tian Chua akan menerima padah terhadap
sikap biadapnya itu. Bahkan, kita juga berharap banyak lagi orang-orang yang
bersekutu dengan Tian Chua turut akan didakwa. Namun, semakin didakwa dan
dikutuk semakin menjadi-jadi pulak gila bahasa anak cina didikan DAP itu. Macam
budak-budak la, selagi tak kena penampar aau penumbuk sebiji selagi itulah dia
akan terlompat kinja tak faham bahasa. Kalau ikut rentak orang tuatua dulu-dulu
membela anak, ada kalanya 'bahasa tangan' lebih pantas mendidik berbanding bahasa
verbal.
Laporan
akhbar baru-baru ini pula melaporkan bahawa perancangan dan strategi untuk
menghuru harakan negara itu sudah lama. Tarikh pembubaran parlimen menjadi
target kumpulan terbabit tetapi tidak kesampaian apabila gerakan mereka sudah
terhidu lebih awal. Pun begitu, itu tidak melemakan semangat sibahalol
berkenaan kerana mereka sudah menyiapkan pelbagai plan dari A hingga Z. Yang
penting bagi mereka huru hara mestu diwujudkan jika mereka kalah dalam PRU13
nanti. Kenapa? Faham-faham sajalah. Orang gila tidak pernah tahu yang dia
adalah gila!
Menyingkap
kembali beberapa rentetan peristiwa dalam negara tahun-tahun sebelum ini
sehinggalah terjadinya insiden pencerobohan di Lahad Datu, terlihat semacam ada
satu susunan yang amat terancang dilakukan dari dalam negara. Itupun apabila
beberapa pihak seperti media Filipina dan agensi berita Rueters yang secara berani
mengkaitkan perisitiwa itu dengan beberapa pemimpin parti politik atau individu
dari dalam negara.
Barangkali,
kesungguhan pihak tertentu sebelum ini yang mahu kerajaan memansuhkan ISA
adalah satu daripada langkah awal yang mereka buat; akhirnya bolehlah dikatakan
berjaya walaupun pemansuhah akta itu yang digantikan dengan akta baru menafikan
ianya sebagai mengikut telunjuk golongan pendesak.
Hari
ini, kita lihat golongan yang membenci kerajaan secara lebih berani bersuara
bahkan sehingga melampaui batas kemanusiaan normal. Kalau dulu, semasa akta ISA
berkuas, individu/kumpulan yang berbuat
demikian akan terus 'disimpan' sebagai langkah keselamatan dan penjagaan
daripada merebak --- ibarat mengawal api sedari kecil. Bahkan, menerusi ISA, sekadar
terniat berbuat tindakan menghasut pun atau membenci kerajaan pun mereka sudah
boleh ditahan meskipun buktinya masih samar-samar atau lemah. Ini dibuat atas
prinsip mencegah lebih baik daripada merawat - cegah sebelum parah! Begitulah
prinsipnya.
Namun,
dengan akta yang baru ini, iaitu --- kerajaan tidak boleh 'menyimpan' mereka
dengan sewenang-wenangnya selagi mahkamah belum mensabitkan kes setelah melalui
beberapa proses perbicaraan. Maknanya dalam tempoh itu, mereka bukan sahaja
bebas bergerak malah berkesempatan menyambung semula tugas-tugas menghasut. Bak
kata, kalau halus diperhalusi lagi sehingga menjadi kesukaran amat untuk mendapatkan
bukti bagi melekatkan pendawaan seterusnya terhukum.
Nampaknya,
jika diperhalusi lagi sokongan golongan itu terhadap akta baru yang menggantikan
ISA, barangkali bagi mereka, dengan akta baru ini agak sukar untuk pihak
berkuasa mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu/mereka yang pada
zahir dan secara sedar telah melakukan kebaculan yang mengkaitkan mereka kepada
perbuatan menghasut dan menghina Yang Dipertuan Agong. Ini kerana, setiap kes
yang dibicarakan memerlukan bukti pensabitan yang amat kukuh.
Dan,
amatlah mengecewakan hanya dengan satu dua masalah teknikal maka sesuatu pendakwaan
boleh tergugur begitu sahaja. Dengan kata lain, tugas pihak berkuasa semakin
berat untuk mensabitkan mereka itu, meskipun khalayak mendapati yang tertuduh
memang 'membahayakan'. Kerana, ia memerlukan kerja keras dan cukup teliti.
Itupun, masih belum menjamin pensabitan walaupun khalayak nampak jelas
kebiadapan melampau yang dilakukan. Seperti kes Tian Chua, rakyat kini gembira
atas tindakan pihak berkuasa membawa kesnya ke mahkamah tetapi belum dapat
dipastikan sama ada Tian Chua dapat disabitkan atau tidak. Bersalah atau tidak.
Terhukum atau dibebaskan. Paling malang, jika kerajaan pula nanti diminta
supaya memohon maaf atau membayar gantirugi!
Rakyat
juga melihat sejak 2008 lagi pihak yang membenci kerajaan telah memberikan
tumpuan yang lebih kepada Sabah berbanding Sarawak. Selain lawatan sosial,
mereka juga kerap melakukan lawatan-lawatan politik dan macam-macam bentuk
hubungan lagi menerusi kerja-kerja parti. Barangkali, kesempatan inilah telah
digunakan mereka untuk meracuni puak-puak tertentu di Sabah termasuk
pemimpin-pemimpin politik dengan janji yang berbagai. Untuk dunia hari ini,
membodohkan orang cerdik memang mudah iaitu hanya dengan wang, harta dan kuasa
kecuali bagi mereka yang beriman dan kental semangat bangsa, agama dan tanah
airnya.
Meskipun
kerja-kerja ini sudah dapat dihidu oleh bahagian risikan negara, namun barangkali
oleh kerana ketiadaan bukti fizik yang lengkap dan jitu maka individu/mereka
sukar untuk di tahan serta didakwa. Dan akhirnya, sakit menjadi bengkak
manakala yang bengkak telah diisi nanah sehinggalah 'bisul raja' meletup
sebelum masanya.
Kesungguhan
kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah
pemberian taraf kerakyatan rakyat asing di negara ini juga turut menimbulkan
keresahan dan kemarahan pihak yang terbabit. Racun hasutan adalah alat yang
paling berkesan untuk 'memanggil' ahli yang resah membantu puak penceroboh.
Oleh kerana masalah itu dikatakan amat serius
berlaku di Sabah, maka barangkali mereka yang merasai dirinya tidak selamat
dengan ancaman RCI itu atau tidak berpuas hati, secara tidak langsung mengulit
kemarahan yang membara, dendam dan akhirnya diluahkan menerusi serangan
pencerobohan yang barangkali sudahpun diatur strateginya sejak beberapa lama
dulu. Sudah tentu, kerana ramai kalangan mereka itu dipercayai mendapat kad
pengenalan rakyat Malaysia secara tidak sah. Bermakna ada dalang dalam negara
ini yang dipercayai melakukan jenayah yang mana jenayah itu adalah sama seperti
'menjual negara' sendiri. Sama seperti membuka kota negeri mengalu-alukan musuh
masuk menyerang diri sendiri.
Sebagai
negara yang sedang membangun dan belum cukup kaya, puak penceroboh yakin
tentulah Manila merestui perjuangan mereka kerana dengan menakluk Sabah,
Filipina tentulah akan mendapat aset yang amat berharga. Pelbagai hasil bumi
terutamanya minyak menjadi idaman rakyat dunia, Filipina juga tidak terkecuali.
Alangkah indahnya jika terjadi. Dalam sekelip mata Filipina menjadi kaya raya! Barangkali
begitulah mimpinya. Tetapi, malang seribu kali malang bahawa doa dan harapan
itu terbias sama sekali apabila Manila menolak untuk berkerja sama dengan gerila
penceroboh yang bodoh lagi sombong itu. Manila lebih menghormati peraturan dan
undang-undang antara bangsa. Manila memahami sejarah dan erti persahabatan
sesama Asean. Paling utama Manila faham bahawa dengan memberikan sokongan
kepada penceroboh adalah juga seperti mengundang bencana yang tidak akan ada
penamatnya di Filipina dan antara Filipna dengan Malaysia.
Pengalaman
pencerobohan Lahat Datu ini juga memberi pengajaran supaya Malaysia turut
memantau hubungan puak-puak pembenci negara dalam negara ini dengan kumpulan militan
di utara Semenanjung. Mungkin taktik yang sama telah lama direncana cuma menunggu
masa yang sesuai untuk bertindak. Kerana, bagi pengkhianat negara mereka lebih
rela melihat kehancuran semata-mata untuk memuaskan nafsu busuk mereka itu.
Pepatah Melayu ada menyebut: alang-alang mandi biar basah! Dalam diam-diam
mungkin ada juga negeri di semenanjong ini berangan-angan untuk diberikan kuasa
otonomi seperti mana yang diperjuangkan oleh rakyat Acheh.
Apapun,
bencana yang menimpa Malaysia di Lahat Datu ini tidaklah terjadi dengan begitu
sahaja. Pasti ada sebab dan penyebabnya. Barangkali, ada tangan tersembunyi
yang menolak penceroboh bersenjata melompat ke Sabah. Tangan-tangan itu juga
yang menyusun atur segala-galanya. Tangan-tangan itu jugalah barangkali yang
menghulurkan pelbagai bantuan dan peralatan kecuali parang kontot dan lading
tumpul. Kita percaya dan yakin unit risikan negara memiliki datanya.
Khalayak
pun tahu, apalah yang ada pada mereka. Kalau mereka memang ada-ada taklahlah
datang mendagang meyusup merayu-rayu! Manakala yang berada-ada pula demikianlah
pengaliran zakat-fitrahnya untuk membantu golongan berkenaan dari sumber yang
amat keji dan jijik!
Hidup
dengan orang 'gila' memang susah. Yang gila makan, sekenyang manapun dia tetap
berasa lapar. Yang gila judi tidak pernah mengingat jadual tidur dan kerjanya. Yang
gila betina, arak dan dangdut, akan membina syurganya sendiri. Yang gila kuasa,
rela berbuat apa saja tanpa ambil tahu kesan dan impaknya. Paling ditakuti
adalah dikhuatiri gila itu akan berjangkit-jangkit. Kalau tidakpun berjangkit,
amat ditakuti terkena badinya. Seorang rakan penulis semasa kecil yang hidupnya
begitu periang kini menajdi manusia yang pendiam, tidak tahu berbual-bual
melainkan tersengeh sahaja bila bertemu dan bersembang kesan daripada tugasnya
lebih 20 tahun di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan. Badikah itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.