Tun Mahathir (Tun)
ketika menjawat perdana menteri berulangkali menyatakan bahawa beliau
tidak bersetuju menambah sekolah vernakular malah sehingga ke hari ini pun
beliau menentang usaha-usaha pihak tertentu untuk memperluaskan lagi sekolah
berkenaan.
Dalam
satu kenyataannya beberapa hari lalu ketika mengulas cadangan komuniti cina
yang mahu mewujudkan lebih banyak sekolah seperti itu, beliau berkata tindakan
itu bukan sahaja menjadi faktor membantutkan hasrat kerajaan untuk mewujudkan
satu bangsa Malaysia yang bersatu padu secara total malah ia boleh menimbulkan
pelbagai masalah sosial yang lain.
Manakala
khalayak lain pula yang menentang tuntutan itu rata-rata memberikan alasan yang
sama yang menjurus kepada melambatkan objektif dasar
pendidikan negara tercapai sepenuhnya.
Sudah
tentu, pihak yang menuntut tidak akan berpuas hati kerana bagi mereka kepuasan hanya
akan tercapai sekiranya tuntutan dipenuhi. Siapapun begitu! Malangnya, pihak
yang membuat tuntutan tersebut perlulah menghormati dasar-dasar negara yang telah
dipersetujui sebelum membuat sebarang tuntutan.
Sebenarnya,
jika pihak yang terbabit menghalusi dasar-dasar pendidikan negara yang telah
dipersetujui bersama serta menginsafi perkara-perkara terkait dalam
perlembangaan negara, maka tidak ada sebab mengapa tuntutan atau cadangan
seperti itu dilontarkan kepada kerajaan.
Tidak
keterlaluan dikatakan, bahawa pemimpin dari kalangan cina, sama ada MCA,
Gerakan mahupun DAP saya dapati lebih bernafsu untuk bercakap tentang ekonomi,
pendidikan vernakular dan budaya menerusi program bersama komuniti mereka.
Sikap
satu suara ini barangkali berlaku kerana komuniti cina hanya dilihat berpecah
mengikut anutan parti masing-masing namun secara prinsipnya dan nubarinya kaum
itu sentiasa bersatu.
Sebab
itu barangkali semakin ramai kalangan melayu yang meragui peranan dan sikap
puak MCA dan Gerakan yang secara amnya mewakili komnuniti cina dalam kerajaan
Barisan Nasional (BN). Namun atas dasar kesefahaman dan semangat kerjasama yang
masih ada maka kerajaan dapat menghadapi isu itu dengan cara terbaik.
Tidak seperti orang malayu yang bukan sahaja
dipisahkan oleh fahaman politik malah sanggup terbelah dua, tiga atau lebih atau
sehingga sanggup berpatang arang disebabkan kefanatikan kepartian mereka.
Barangkali itulah sebabnya, banyak usaha
kerajaan untuk rakyat menerusi
pendidikan mendapat tentangan daripada kominiti cina dengan menimbukan pelbagai
alasan dan sebab-sebab yang remeh-temeh seolah-olah mereka baru sehari dua
menjadi rakyat di negara ini. Situasi ini jelas dapat dilihat bagaimana pihak
tersebut menolak program sekolah wawasan yang akhirnya tenggelam begitu sahaja.
Dan, akhirnya kita semacam menjadi 'letih' untuk menegakkannya.
Melahirkan
sebuah generasi bangsa negara yang harmoni menerusi satu sistem pendidikan nasional,
satu
bahasa satu bangsa bukan sahaja diperlukan di Malaysia malah
negara-negara lain juga turut memperjuangkan kesepaduan rakyatnya menerusi
formula yang sama.
Lihat
bagaimana Indonesia menyatukan rakyatnya yang terdiri dari berpuluh etnik atau
suku kaum menerusi Bahasa Indonesia manakala negara China menggunakan bahasa
manderin sebagai bahasa penyatuan
bangsanya.
Alangkan
negara yang tidak mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia pun memerlukan
satu bahasa untuk proses penyatuan rakyatnya, sudah tentulah bagi negara ini
kaedah seperti itu lebih-lebih lagi diperlukan.
(bersambung
ke bhg. 3 - akhir)
Jagindas: terkenang serangkap pantun nyanyian A
Halim & Norlela Nasir:
"kalau
menyanyi perlahan-lahan,
daun
yang hijau banyak yang gugur,
kalau hati tidak tertahan,
minyak
dan air mungkin bercampur.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.