JUSTERU, kerajaan sedia ada harus berani
mempertahankan kedaulatan dan keunggulan sistem pendidikan yang langsung tidak
memberi aniaya kepada mana-mana kaum dan etnik di negara ini walaupun mendapat tekanan
dari sudut politik.
Ini
tidak bermakna kita tidak melayan tuntutan komuniti lain atau suara-suara
kompenan parti dalam kerajaan. Namun, pertimbangan hendaklah diberi jika
tuntutan atau cadangan yang dilontarkan itu tidak mencabar keutuhan negara terutama
marwah perlembagaan serta dasar-dasar kerajaan sedia ada.
Apa
ertinya kekebalan perlembagaan jika rakyat bebas mencabar dan mencercanya. Apa
gunanya dasar-dasar kerajaan yang diluluskan parlimen berpelembagaan jika
rakyat tidak menghormatinya malah jangan sampai ada yang memandang seperti ianya
tidak wujud.
Setelah 55 tahun merdeka, sepatutnya Malaysia hari
ini hanya mempunyai sekolah satu aliran sahaja iaitu Bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar manakala bahasa lain,
budaya dan agama lain turut diberi perhatian sama.
Sejajar
dengan itu, kerajaan juga sewajarnya menyamaratakan standard pendidikan dan
peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah di negara ini. Ini
kerana, ketika ini standard Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsan
Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsan Tamil (SJKT) adalah lebih rendah
sedikit berbanding standard pendidikan bahasa itu yang diajar di
sekolah-sekolah kebangsaan.
Mungkin,
ia relevan ketika negara mula-mula merangkak membangunkan negara ini seawal sepuluh
atau 20 tahun selepas merdeka, namun saya berpendapat kelonggran itu sudah
tidak perlu diberikan lagi.
Percayalah,
jika isu ini diusulkan, sudah pasti komuniti-komuniti cina akan bangkit
menentang habis-habisan sebelum sempat menteri menghabiskan hujahnya!
Sementara
itu, usaha kerajaan untuk memperkasakan penguasaan bahasa inggeris di sekolah
juga sudah kena pada masanya berikutan bahasa itu kini di terima sebagai bahasa
ilmu global.
Realitinya,
sehingga kehari ini, majoriti antara lidah pertuturan dan lidah pena bagi bukan
melayu di negara ini amat berbeza. Perhatikan dalam banyak peperiksaan mereka
mampu memperoleh gred A bagi matapelajaran Bahasa Melayu namun ketika
ditemuramah nampak sukar benar mereka nak mengucapkan bahasa itu dan cara mudah
menyelesaikan masalah itu tindakan mencampur adukkannya dengan bahasa inggeris
dibuat secara spontan. Pelajar melayu pun sama, bunyinya macam bercakap melayu
tetapi gagap!
Natijahnya,
memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar adalah hak semua rakyat
semua peringkat. Bukan berhasrat memelayukan cina atau india mahupun
memelayukan melayu, tetapi adalah atas hakikatnya sebagai bahasa penyatu
bangsa.
Maka
sebab itu, usaha-usaha memperbanyakan sekolah vernakular sama ada sekolah
rendah mahupun menengah atau mengembalikan sekolah SJK hari ini kepada
sepenuhnya ke dalam versi vernakular hendaklah dihentikan.
Justeru,
kepada kerajaan BN jangan pedulikan isu ini. Ada ketikanya kita perlu
memekakkan telinga ketika berdepan dengan isu-isu yang secara halus mahupun
kasar mempermainkan hasrat dan cita-cita murni kerajaan. Tak wajarlah, kita
sahaja yang bersungguh-sungguh sedang yang lain mengangapnya sebagai gurauan
semata! Patutkah?
- habis-
Jagindas: barangkali selepas ini isu permohonan
universiti berbahasa penghantar manderin akan bergema kembali. Ooo..Pilihanraya!
Pilihanraya!
Jangan jadi sekolah Veterinar sudah lah !
BalasPadam