Jumaat, 13 Julai 2012

KALAU SEKOLAH DIBERI KUASA AUTONOMI bhg 2


Tabung PIBG dan KLPS Wajar Bantu Sekolah 
(bhg. kedua dan akhir)
Kementerian Pelajaran Malaysia, Purtajaya


WALAUPUN kerajaan telah menetapkan sistem pendidikan di negara ini diberikan secara percuma sepunuhnya manakala kerajaan akan bertanggungjawab terhadap masalah kemudahan asas sekolah-sekolah (sekolah kerajaan), namun dalam hal-hal tertentu sekolah kerap memerlukan peruntukan segera bagi membaikpulih kerosakan kecil atau membeli peralatan tambahan yang difikirkan perlu oleh pihak sekolah.
            Tambahan pula, nampaknya sejak akhir-akhir ini kerajaan juga semacam telah melupuskan tatacara berian peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah bantuan modal (belanja mengurus penyenggaraan kecil) dimana semua sekolah di negara ini diberikan hak yang hampir sama kalaupun tidak sama seratus peratus.
            Sebelum ini, berdasarkan dasar pendidikan sedia ada (peruntukan bantuan kewangan), semua sekolah bantuan modal hanya diperuntukan 30% daripada keperluan penyenggaraan sebenar dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
            Justeru, menerusi sistem kawal selia terbuka ini, PIBG dan KLPS akan diberikan kebebasan yang lebih untuk mencari dana dari pelbagai sumber dan cara (dengan syarat mematuhi peraturan kewangan) dan sekolah terbabit diharapkan tidak kesuntukan apabila menghadapi masa-masa kecemasan dan ketika perlu.
            Semalam, blogg ini ada memaparkan isu cadangan daripada Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan kuasa autonomi kepada sekolah-sekolah bagi memberi ruang yang lebih kepada pengetua dan guru besar mengurus sekolah mereka berdasarkan landskap pendidikan dan keperluan sekolah masing-masing.
            Oleh itu, jika KPM dan Kerajaan Malaysia berpendapat cadangan KGMMB itu ada asasnya, maka adalah lebih baik cadangan kawal selia kedua-dua tabung kewangan PIBG dan KLPS yang disebutkan di atas tadi dilaksanakan terlebih dahulu bagi memberi isyarat kepada kementerian terbabit terhadap kekuatan dan kelemahan yang ada di sesebuah sekolah.
            Saya kira, sudah sampai masanya perkongsian bijak dalam mengurus dan mentadbir urus dana-dana dari sumber kerajaan, PIBG dan KLPS ini dilaksanakan dibawah kawal selia pihak sekolah bagi menjelaskan kepada rakyat yang institusi pendidikan rendah dan menengah di negara ini adalah saling lengkap melengkapi antara kerajaan dan keseluruhan warga institusi berkenaan. 
            Meskipun, diberi kuasa secara autonomi, pada pandangan saya adalah tidak wajar kerajaan menangung sepenuhnya keperluan kewangan sekolah-sekolah di negara ini berikutan setiap sekolah tidak mempunyai saiz dan populasi murid yang sama. Dengan kata lain, berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang akan dikenalpasti itu, bukan semua sekolah sesuai diberikan kuasa autonomi.
            Fikirkan dalam-dalam... ada makna tu..


Jagindas:   Saya percaya cadangan ini pasti mendapat protes. Biasalah, yang protes tu sikap perangainya: "hak orang hak dia, hak dia, hak dia". Berkira nak mampus!

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.