Tabung PIBG dan KLPS Wajar
Bantu Sekolah - (bhg. pertama)
BARU-BARU INI kerajaan ada mempelawa agar sektor
swasta dan orang-orang perseorangan turut berkerjasama atau menyumbang kepada
sekolah-sekolah terutama sekolah di luar bandar sebagai usaha membantu sekolah
terbabit mempertingkatkan daya maju serta fasarana sekolah berkenaan.
Pelawaan
itu juga sekaligus berhasrat memupuk semangat sepunya antara masyarakat atau
golongan berkemampuan dengan pihak sekolah dan turut membantu meringankan beban
kerajaan dalam membangunkan kemudahan asas sekolah. Sekali gus, usaha itu juga
menuntut negara memupuk rakyat menjiwai nilai-nilai murni mengenang jasa negara
menerusi sumbangan rakyat kepada rakyat.
Tidak
kira apa sahaja niat kerajaan, namun apa yang penting ajakan itu amat
bertepatan serta bersesuaian dengan kempen budi bahasa yang kita semai dan
semangat kerjasama antara rakyat di negara ini.
Kebiasaannya,
penderma akan menyumbangkan wang ringgit kepada sekolah dan tabung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta tabung Kewangan Lembaga Pengurus Sekolah (KLPS)
adalah antara saluran utama yang akan digunakan.
Bagi
mengawal selia serta ketelusan antara kedua-dua pihak (pemberi dan penerima),
maka adalah dicadangkan supaya PIBG dan KLPS di kawal selia oleh pihak sekolah
dengan menetapkan 30% daripada tabung PIBG dan 60% daripada tabung KLPS
diperuntukan kepada sekolah sebagai bantuan penyenggaraan kecil.
Jagindas: .. ke bahagian dua dan akhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.