PENILAIAN DAN
PROTES
SEDANG
MENARI-NARI
(satu dari dua siri)
"UMNO PERLU BERSATU
UNTUK MENANG",
Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin pada
majlis pecah tanah Bangunan UMNO Bahagian Taiping baru-baru ini [berita:
klik sini].
Ungkapan ucapan seperti ini sudah semakin menjadi klise' di kalangan pemimpin UMNO sekarang. Sebelum ini, Datuk Shafie Afdal, turut mengungkapkan ucapan yang sama juga di Perak. Namun begitu, ianya bukanlah ditujukan semata-mata untuk UMNO Perak tetapi untuk semua ahli UMNO di seluruh negara.
Ungkapan ucapan seperti ini sudah semakin menjadi klise' di kalangan pemimpin UMNO sekarang. Sebelum ini, Datuk Shafie Afdal, turut mengungkapkan ucapan yang sama juga di Perak. Namun begitu, ianya bukanlah ditujukan semata-mata untuk UMNO Perak tetapi untuk semua ahli UMNO di seluruh negara.
Saya
percaya, pihak pengurusan UMNO tentulah mempunyai data berkaitan tahap
perpaduan ahli-ahlinya sehingga seruan seperti itu semakin diperlukan pada
setiap kali pemimpin terbabit turun padang. Barangkali bertambah baik, dan
itulah yang kita mahukan. Barangkali juga rapuh di sana sini dan barangkali
juga masih ada yang tidak merasakan sengal dan pedihnya bila mendengar seruan
sebegitu.
Pada
hemat saya, ada dua firasat pengundi masa kini apabila bertemu dengan pilihan raya
sama ada pilihan raya kecil, negeri mahupun pilihan raya umum; iaitu, pertama
pengundi yang berfokus kepada tempatannya sahaja dan kedua pengundi yang
melihat kepentingan menang secara global.
Pengundi
yang berfokus kepada tempatan bermaksud mereka hanya melihat kepentingan di
kawasan pilihan raya masing-masing tanpa mengira apa akan berlaku di pusat
selepas proses pilihan raya selesai dan bagi golongan kedua pula pengundi
terbabit akan mengambil kira kesan dan impak jika menang atau kalah di
peringkat pusat mahupun negeri.
Apapun,
berdasarkan iklim politik hari ini saya menjangkakan pengundi dari golongan
pertama adalah yang paling banyak dan mereka ini akan membuatkan kedudukan keputusan
pilihan raya agak sukar untuk diramal secara tepat.
Isu-isu
masalah setempat sebenarnya lebih berkuasa mempengaruhi minda pengundi
berbanding isu-isu nasional meskipun media tidak putus-putus memaparkannya
berserta fakta-fakta yang meyakinkan.
Gelagat,
perangai, sikap dan perilaku pemimpin UMNO dan pengikut-pengikutnya di kawasan
masing-masing menjadi fokus pengundi dengan membandingkan apa yang didedahkan
oleh media.
Justeru,
pemimpin UMNO bukan sahaja perlu berubah sikap dengan mewujudkan suasana lebih
mesra dan bersatu dengan penduduk (yang juga pengundi utama) malah mereka juga
perlu berkelakuan baik atau memiliki rekod yang menyenangkan berbanding dengan
isu-isu semasa.
Di
satu puak kita mendedahkan pelbagai salahlaku dan perilaku yang aib seolah-olah
dipihak kita tiada yang berbuat laku seperti itu. Padahal, realitinya
masyarakat setempat mengetahui kurap dan panau pemimpin mereka.
Sebagai
contoh, ada pemimpin kalangan UMNO yang kaki perempuan dan kaki judi namun gah bercakap tentang keburukan pemimpin
pihak lawan apabila bertemu penduduk seperti apa yang tersebar di media-media.
Dalam
kes seperti itu, sudah tentulah sukar bagi UMNO untuk menarik perhatian puak
pihak lawan untuk menyokongnya malah tidak mustahil sebahagian daripada
ahli-ahli lain termasuk mereka yang tidak menjadi mana-mana ahli parti atau pengundi
atas pagar akan beralih arah ke pihak lawan.
Jagindas: Ada
satu lagi kes lebai malang dalam UMNO iaitu di Bahagian yang wakil Rakyatnya
bukan dari kalangan UMNO. Tunggu selepas ini, saya akan ulas..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.