MULAI HARI INI, hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dibenarkan berada di
pasaran.
Menurut
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, pertubuhan atau perbadanan yang
melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan
bagi kesalahan yang berikut dalam kes yang sama denda tidak melebihi RM500,000.
Katanya,
bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, pesalah akan didenda tidak melebihi
RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.‘‘Bagi
kesalahan kedua dan berikutnya denda sebanyak RM250, 000 atau penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekalii," katanya.
Jakim,
katanya, mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis agar lebih
bersedia dan peka perintah Akta Perihal Dagangan (APD 2011) dari semasa ke
semasa.
Dalam
pada itu katanya, Jakim juga berharap orang ramai menyalurkan maklumat kepada
jabatan itu sekiranya berlaku penyalahgunaan logo dan ungkapan halal di
mana-mana premis.
[sumber: Utusan Malaysia, 30 Jun, 2012]
Jagindas: Kelmarin,
Jagindas sempat merayap-rayap ke Tanjong Tualang yang konon nama jolokannya
Pekan Udang Galah. Jauh juga tempatnya! Memang banyak rupanya restoran yang menyediakan masakan
berasaskan udang galah sungai. Besar-besar restorannya. Ada juga saya tengok
beberapa orang Islam melahap di situ. Tapi pada pemerhatian Jagingas, tiada satupun restoran
tersebut mempamerkan sijil halal. Eeee.. geli la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.