TENGAHARI semalam Jagindas sempat menghadiri jmputan
kenduri tahlil seorang rakan di kampung dia kira-kira 45 minit perjalanan
dengan kereta. Bayangkanlah, gulai tempoyak ikan tengalan dan kambing masak
kawah serta beberapa lauk pauk dan ulaman. Ada kuih muih, cendol dan goodies lagi! Kenduri tahlil macam
kenduri kahwin. Orang berduit boleh lah... yang penting niat dia ikhlas.
Selepas
makan, saya ambil masa bersembang-sembang dengan seorang jemputannya. Orang
panggil dia Jak. Saya panggil Jak juga lah. Entahkan Razak ke, Sujak ke tak
pasti pulak nama betulnya. Tapi saya tahu dia orang kuat UMNO di bahagiannya.
Macam
nana? Itu soalan pendek saya. Dia orang politik, jadi dia faham maksud saya.
"Masih kelabu yop. Kalau ikutkan
sambutan cawangan di kampung-kampung, ahlipun tak nak keluar masa mesyuarat.
Semangat nampaknya semakin hambar. Pemimpin pun tak turun padang, semua nak
harapkan dari atas. Apa yang kerajaan curahkan habis disebat tapi nilai
sokongan tak berbaloi.
"Untuk negeri, saya tak berani nak komen, parlimen
mungkin boleh menang. Tapi apa ertinya? Hasil mahsul datangnya dari negeri.
Kalau dibuatnya 5, 6 negeri puak tu dapat, merana Puterajaya nak memerintah
yop", dia
berkata serius dan nampak begitu tertekan membicarakan isu itu.
Baginya, pemimpin di peringkat bawahan iaitu Bahagian
dan Cawangan gagal memanfaat ruang dan peluang sedia ada untuk kembalikan minat
rakyat terhadap BN terutama kaum ibu, janda, kaum belia serta orang tua-tua di
kampung-kampung dan pendalaman.
Seperkara lagi menurutnya, rasa
kecewa orang ramai terhadap gelagat dan sikap pemimpin BN masih tebal. Meskipun
media massa membuka pelbagai pekong cerita pemimpin pembangkang, tapi pada masa
sama penduduk setempat turut meneliti gelagat dan perangai pemimpin di kawasan
mereka.
"Mereka masih berperangai dan sikap
lama. PM dan TPM berhempas pulas tenaga dan suara tetapi pemimpin di bawahan masih leka dan bersuka
ria. Masih ada lagi "orang saya" bukan orang saya". Inilah yang
dinamakan tak faham bahasa," katanya yang menampakan kekecewaannya
lebih resah.
Sementara
itu, menurutnya kempen mengajak pengundi marahkan nyamuk kelambu dibakar
semakin menjadi-jadi dan mendapat sambutan. Mereka mendakwa kelambu yang ada
sekarang sudah teralu lama dan perlu diganti dengan yang baru.
Berdasarkan
luahan rakan saya itu, bagi saya, rakyat hari ini sudah keliru. Kalaulah nak
dikatakan kejayaan pun, itulah kejayaan puak-puak pembangkang kerana berjaya
mengelirukan pemikiran rakyat sehingga ramai yang terpilihkan batu yang diwar-warkan permata.
Manakala,
kelemahan jentera diperingkat bawahan pula adalah, kebanyakannya masih gagal mempergunakan ruang dan peluang
yang ada untuk memperbetulkan keadaan. Memang letihlah PM dan TPM kalau
beginilah seterusnya sikap bala tentera yang ada!
Lahiriahnya,
menegur dan mengajar manusia bukan senang kalau kita tak ada ilmu dan
persediaan yang cukup. Pun begitu, belum tentu yang ditegur atau diajar akan
dapat memanfaatkan teguran dan ajaran kita. Sebab, tidak semudah itu manusia
boleh sedar diri dan insaf terhadap apa yang berlaku pada diri sendiri apalagi
hal-hal yang disekelilingnya, melainkan dengan kehendak Allah jua.
Ruang
masih ada, justeru, marilah sama-sama membetulkan keadaan bagi memastikan
ketuanan melayu tidak sekadar tercatat dibuku sejarah suatu masa nanti. Ada
yang tersirat dalam amanat raja-raja melayu.
Jagindas: susah
orang susah, sebelum tidur dia memikir esok mana nak cari duit nak beli
segenggam beras, tapi susah orang senang dia nak cari setengah juta lagi untuk dana
projeknya... Kedua-duanya pun orang susah juga!
orang melayu tempat lain mungkin laghor sejarah birch..tapi kalau orang perak sendiri kalau laghor sejarah birch memang tak patut betui ler teman ghase...
BalasPadam