AUNG SAN SUU KYI..... Lupa diri |
Tiada Pembelaan Terhadap Rohingya!
1. Bila
berhadapan dengan masalah orang Islam, tidak ada mana-mana pemimpin bukan Islam
yang sejujurnya mahu membela kaum itu.
2. Aung San Suu
Kyi, yang pernah terpenjara di rumah sendiri, sebelum di bebas dan akhirnya
mengepalai parti politik, turut tidak mampu membela masalah keperitan lebih
800,000 etnik Rohingya (majoriti
beragama Islam) yang kini di zalimi oleh pihak berkuasa Myanmar.[di
sini]
3. Ketika Suu
Kyi dalam tahanan dan dikunci mulutnya, hampir seluruh pemimpin dunia termasuk
pemimpin negara Islam memberikan sokongan moral terhadapnya malah mahu beliau
dibebas dan bebas berpolitik.
4. Kini, Suu Kyi
sudah lupa keperitan lalu setelah mendapat nikmat kebebasan dunia dan Rohingya
akan terus terhina, dihina dan diseksa.
5. Lihat siapa
di sekeliling kita. Justeru, kukuhkanlah persaudaraan umat Islam dan janganlah
kita berpecah belah!
Jagindas: di mana-mana Islam mudah
menjadi mangsa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.