Bila Agaknya Pilihan Raya?
1. ADA yang kata September ini, ada yang
kata tahun depan [di
sini]. Datuk Seri Najib hanya tersenyum saja. Masih bermain dengan
teka-teki. Pihak lawan semacam dah mati akal nak menjawab teka-teki ini. Yang
penting gerak gempur terus berjalan. Masing-masing dengan caranya untuk menawan
hati pengundi.
2. Mengapa
September 2012? : barangkali selepas sambutan merdeka 31 Ogos, parlimen
akan dibubarkan, bermakna Oktober pilihanraya. Tak mungkin, sebab masa tu
sekolah-sekolah sibuk dengan peperiksaan awam. Bangunan sekolah banyak yang nak
digunakan untuk PRU nanti. Yang pasti bulan ini ada kejutan kalau bajet
dibentangkan. Mahu tak mahu kena mengaku bahawa bajet kali ini adala bajet
pilihan raya. Kerajaan, swasta, badan berkanun, NGO dan yang lain-lain juga
akan terima sesuatu. Bukan mengumpan, tapi itulah kemampuan BN kalau dia
memerintah.
3. November,
Disember 2012? : Pun tidak mungkin. banyak halnya. Biasanya waktu itu
musim banjir terutama pantai timur. Banyak pulak kerjanya nanti. Kos beb.
Lagipun, tak ada pasal buat apa cari pasal!
4. Bagaimana
dengan firasat Tan Sri Aziz Tapa, 2013?: Mungkin tak kungkin, tahun
2013 adalah sempadan terakhir. Mahu tak mahu kena buat juga. Tapi Bila? Bila?
Bila? Teka teki semakin hampir menemukan jawapannya:
5. Agaknya,
Mac, 2013: sebab, bulan itu
bulan bertenang di negara ini. Raya Haji dah lama selesai, Sambutan Tahun Baru
dah selesai. Pembentangan dan pembahasan bajet pun dah selesai, Hari Raya Cina
juga dah selesai. Pendek kata, Mac bulan bertenang. Selepas Raya Cina, parlimen
di bubarkan dan Mac kita memilih semula kerajaan.
6. Tidak kiralah bila-bila pun Najib nak buat, yang penting pastikan Barisan Nasional (BN) menang. MENANG BESAR!
Jagindas: Jangan main-main. Pilihan raya bukan untuk eksperimen. Sekali dalam
tempoh lima tahun, jika tersilap buat lawak, merana seumur hidup. Serius beb!
hadapi PRU13 dengan SERIUS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.