Ya Allah, Lindungilah Kami Daripada Sebarang Kecelakaan..
MANGSA GEMPA DI IRAN SEMALAM |
SYUKUR,
ALHAMDULILLAH. Maha suci Allah, Allah yang maha besar dan tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah.
Setelah 23 hari berpuasa, umat Islam
di negara ini begitu mudah menunaikan fardhu rukun Islam ke tiga dan empat itu
tanpa sebarang kacau ganggu mahupun musibah yang melanda negara. Kalau adapun,
di sana sini berlaku kemalangan yang disebabkan kecuaian manusia selain
ditaqdirkan kejadiannya itu. Kebakaran rumah, tanah dan ladang serta beberapa
kemalangan jiwa di sana sini adalah lumrah.
Namun, saudara kita di Iran,
terpaksa menghadapi Ramadhan selari dengan ujian getir Allah Taala dimana bukan
sahaja berlaku banyak kehilangan jiwa malah mereka juga beribadah dalam keadaan
yang amat getir, menakutkan serta penuh kepayahan apabila buminya dilanda gempa
bumi.[
di sini]
Kepada mereka (Islam) yang meninggal
dunia, apalah salahnya kita sedekahkan Al- Fatihah di samping mendoakan semoga
yang lain dilindungi serta dipelihara Allah.
Syukurlah, Allah masih memberikan
belas dan belum lagi meletakkan getir ujiannya kepada umat Islam di sini.
Justeru, marilah bersama-sama kita memanjatkan syukur ini berterusan supaya
kita akan terus dapat mengecapi dunia ini dengan aman dan daripadanya kita berusaha
mencurahkan ketaatan kepadaNya.
Banyak benar durhakanya kita kepada
dunia dan isinya, masyarakat bahkan terhadap Allah Taala sendiri. Semoga setiap
musibah yang berlaku di luar sana dapat memberikan keinsafan kepada kita semua.
Allah huakbar!
Jagindas: Di luar ketika ini hujan
lebat, kilat dan guruh sesekali menghias hening dinihari. Apakah malam ini Malam
Lailatulqadar? Ya Allah, berikanlah aku taufik dan hidayahMu serta rahmatMu,
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.