RAKYAT Malaysia buat hal lagi. Kali ini golongan
peniaga yang berniaga makanan dan minum halal. Tentulah pekedai-pekedai makanan
dan restoran yang banyak terlibat.Enam bulan diberi tempoh memohon sijil dan
logo halal yang DIHALALKAN kerajaan,
namun sehingga 30 Jun, lalu masih ada yang gagal berbuat demikian.
Tempoh
diberi kurang lebih 180 hari. Wah sibuk peniaga kita betul layan pelanggan,
sehingga satu haripun tak boleh nak tinggalkan peremis perniagaan. Agaknya,
taukehlah yang buka kedai, taukehlah yang beli barang, taukehlah yang kemas
kedai, taukehlah yang masak, taukehlah yang ambil pesanan, taukehlah yang
hantar pesanan, taukehlah yang kira dan taukehlakh... Hah! penatlah. Patutlah mereka tidak ada masa
nak ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islan Negeri
(MAIN) bagi melaksanakan tugas itu.
Dalam
banyak hal, rakyat Malaysia memang ramai yang degil. Lihat saja kes-kes proses
pemutihan pendatang dan pekerja asing (6P), memperbaharui mykad, pendaftaran
sebagai pemilih pilihanraya, memasang tali pinggang keledar kereta dan
macam-macam lagi, semuanya kerajaan terpaksa mengalah dimana tempoh asal yang
diberikan dilanjut ke satu tempoh lain. Itupun, mintak lanjut, lanjut, lanjut
lagi.
Mengapa
agaknya rakyat kita yang terbabit bersikap degil dengan perintah kerajaan
sedangkan setiap sesuatu yang kerajaan arahkan itu mesti ada sebab-sebabnya
terutama yang berkaitan dengan keselamatan awam dan tuntutan sosial.
Bila
kerajaan berikan tempoh yang singkat, rakyat akan kata kerajaan tidak berakal,
zalim dan macam-macam lagi. Kalau pulak diberi tempoh yang panjang
(bersesuaian), makin menjadi-jadi pulak leka mereka. Jadinya, berapa lama
tempoh diberikan, masa tidak akan cukup. Alasan menyusul bertan-tan,
berbakul-bakul yang dihujung-hujungnya tetap mengatakan kerajaan juga tidak
bersimpati dengan masalah mereka.
Kacaulah
macam ni! Misai Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri, sudah bergerak-gerak. Orang Perak kata dah mengeghuit-nguit (mengeruit-ruit). Baguslah Datuk Seri, ajar mereka
berdidiplin mematuhi arahan. Menteri-menteri lain pun, kena macam itu. Sampai
bila nak ansur, ansur, ansur! Asyik mengansur sahaja nampaknya. Selepas ini
kita kenalah menolak pula.
Kalau
sikit-sikit hal semuanya dikaitkan dengan politik, implikasinya jabatan
kerajaan tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna. Kita nak cepat maju, mahukan
negara mencapai sasaran kemajuan dan permodenan kalau boleh mendahului masa
yang ditetapkan, namun kalau rakyat terus-terus degil, proses tersebut pasti
akan terencat.
Justeru,
kedegilan adalah satu penyakit yang semakin menjadi-jadi dikalangan rakyat
negara ini yang perlu dibanteras kerana ia memberikan kesan dan impak yang
buruk kepada kelancaran proses pembangunan dan kemajuan negara.
Jagindas: kalau
budak degil nak buat macam mana, yek?
jerit, jerkah sampai dia nangis!
BalasPadam