DULU LAIN, SEKARANG DAH LAIN... |
Dulu Lain Sekarang Lain..
dulu berjiwa murni, kini berhati iblis!
SEMASA beliau berpuluh tahun diperap dalam
tahanan politik di rumahnya, boleh dikatakan seluruh pemimpin dunia memberikan
sokongan moral terhadapnya kerana yakin bahawa sampai masanya nanti beliau
adalah pejuang demokrasi tulen utuk negaranya, Myanmar.
Malah,
pemimpin di dunia juga angkat topi terhadap kegigihannya memperjuangkan nasib
anak bangsa negaranya sehingga tidak menampakkan beliau seorang yang berputus
asa atau diruntun jemu dengan prinsip kepolitikan yang dianutinya.
Akhirnya
berkat kegigihan, tabah dan barangkali juga kejujurannya, maka beliau
dibebaskan lalu dibenarkan pula menyertai pertandingan dalam pilihan raya umum
negara itu, baru-baru ini. Barangkali juga, sebagai balasan terhadap iltizam
serta ketulenan prinsip politiknya itu, membolehkan beliau menjadi pemimpin negara
Myanmar sekali gus menamatkan era kemaharajalelaan kuku besi junta.
Kebangkitannya
itu, sudah tentu memberi harapan kepada dunia bahawa Myanmar akan dibebaskan
daripada belengu kuku besi, kemiskinan dan kezaliman dengan berpandukan bahawa
pengalaman pahit yang pernah di laluinya itu tentu sekali akan dijadikan landas
dan paksi bagi Aung San Suu Kyi
dalam mengurus tadbir negaranya.
Rupa-rupanya
tidak. Tidak ada sejarahnya kacang mengingati kulit. Kemewahan hari ini berjaya
menutup cerita derita, pahit maung hatta kezaliman lalu. Dia sudah mula gerun
kisah lampaunya akan berulang. Dia tidak mahu lagi kesengsaraan. Dia sudah
begitu letih dengan kurungan!
Jalan
selamat seharusnya dipilih dengan sebaik-baiknya biarpun terpaksa mengikut
telunjuk dunia luar. Biarpun, dia akan di kecam oleh segelintir masyarakat dan
pemimpin luar lain mahupun jiran-jirannya sendiri.
Dia
menjadi semakin kemaruk dengan gelaran dan sanjungan. Berpuluh tahun melihat
negara orang dari dalam bilik atau di ruang tamu dengan hanya menonton di kaca
TV atau membacanya di media-media cetak, tetapi sampai masanya sekarang dia
perlu merasai nikmat itu secara benar dan real.
Dia
kini lebih rela meletakkan semua prinsip perjuangannya di bawah tapak kaki.
Perempuan tua itu kini menjadi sanjungan barat kerana berjaya mewujudkan
manisnya kezaliman dalam diri seperti mana yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin
barat dan pro-barat lain terutama yang menyangjung yahudi.
Demikianlah
Aung San Suu Kyi
sehingga di berikan anugerah tertinggi Kongres Amerika Syarikat, Pingat Emas
Kongres baru-baru ini sedangkan sikap zalimnya terhadap puak Rohingya di negaranya
sendiri memperlihatkan betapa beliau seorang pemimpin yang tidak
berperikemanusiaan di sini.
Kita
percaya, jika rakyat Rohingya majoriti bergama bukan Islam, pasti sudah lama
golongan itu mendapat pembelaan. Hanya kerana mereka orang Islam, maka semurni
mana sekalipun prinsip perjuangan seorang pemimpin yang bukan Islam mereka
tidak akan memandangnya sebelah mata. Di Malaysia juga tidak terkecuali - cuma
bezanya terang atau tertutup.
Bagi
mereka, seolah-olah menzalimi orang Islam itu suatu jihad dan sebaliknya
menganiaya orang bukan Islam walaupun berlaku secara hukum alam, maka orang
Islamlah yang akan dipersalahkan. Bagi mereka umat Islam adalah pengganas!
Jagindas: amat keciwa kerana ada pula orang melayu
Islam yang rela dan merelakan diri diperkuda yahudi, sedang dalam Quran cukup
jelas Allah mengutuk kaumYahudi malah melarang sama sekali umatnya berbuat
janji dengan kaum yang hina di sisi Allah itu. Na'Uzubillah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.