BERSEDIALAH
HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN
LAMA juga saya memikir untuk menulis paparan hari
ini. Namun, setelah meneliti laporan media dan akhbar-akhbar, maka saya membuat
keputusan untuk memamparkan pandangan saya kepada khalayaK terhadap isU semasa
yang ada antaranya sudah menjadi polimik, berhenti dan kemudian dipolimikkan
semula di dada-dada akhbar dan media.
Ringkas
sahaja, iaitu mulai saat ini rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mesti
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dalam negara ini
berikutan sikap terlalu berhati-hati pihak berkuasa menangani sesuatu isu
khususnya yang bersifat sensitif.
Sikap
demikian pihak berkenaan itu sehingga ada yang beranggapan pihak terbabit tidak
serius atau tidak menganggap isu tersebut sebagai membahayakan keselamatan awam
dengan bersandarkan mereka adalah pihak yang paling layak menilai sesuatu isu.
Ataukah,
ramai kalangan yang bertangungjawab di atas sana di mana hati, perasaan,
pemikiran dan perhambaan mereka bukan lagi milik kerajaan? Atau, mahukah dikatakan
semakin ramai musang berbulu ayam lalu menyebabkan bertambahnya duri dalam
daging?
Barangkali
juga, yang semakin menyibuk, bimbang,
bising dan mengeram ketika ini adalah orang Melayu. Dan, seperti biasa
orang Melayu mudah tegang dan mudah kendur hanya dengan kata-kata
"maaf" makanya pihak berkenaan menganggap ianya adalah bersifat
sementara. Sementara isu menjadi sejuk, sementara lama kelamaan ianya dilupakan!
Namun,
lupakah kita bahawa orang Melayu ini bersifat menyimpan, memendam dan berdendam
kesumat apabila ke-Melayuan-nya tercabar amat? Dan, ketika itu biasalah akan
berlaku sudah terhantuk baru tengadah dan hancurlah harapan apabila nasi
menjadi bubur?
Menungu
masa itukah?
Justeru,
melihatkan senario itu saya mengingatkan sekali lagi supaya kita bersedialah
menghadapi sebarang kemungkinan apabila tiba saatnya Melayu itu
"terpaksa" memperlihatkan Melayu-nya sebenar! Demikian puisi yang
ditulis saterawan ulung, Dr. Usman Awang (Allahyarham):
Melayu
itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu
itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Jagindas: BERSAMBUNG ke Bahagian Dua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.