BERSEDIALAH
HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN
(baca dulu bahagian satu)
INSTITUSI RAJA: PAYUNG KEDAULATAN ORANG MELAYU |
Apakah sebenarnya yang meruntun naluri sehingga mengucapkan begitu?
1. Najib, Mahathir dan lain-lainnya hanyalah
seorang pemimpin. Pemimpin datang dan pergi apabila sampai masanya. Namun,
institusi raja, perlembangaan, rukun negara dan undang-undang akan terus kekal
malah terus berdiri sebagai tunggak negara bahkan sesebuah negara. Sebelum ini
pun ramai yang telah memperkotak-katik, memperolok, menghina dan mencerca
peradaban-peradaban, namun itu pun tiada "kekerasan"
yang diambil, apalah sangat dengan memijak gambar pemimpin, membakar bendera
dan menayangkan bendera!
2. Hindraf yang sudah jelas sebagai pertubuhan
yang tidak berdaftar, namun mengapa masih sewenangnya golongan atau aktivis
terbabit menggunakan nama itu.
3. Kes Suaram, yang semakin ramai
meraguinya,mendesak supaya diambil tindakan, pun pihak berkuasa masih berdiam
diri.
4. Kes Ambiga, yang sudah terang lagi bersuluh,
pun masih bebas dan terlepas
5. Individu atau rakyat yang menghina sultan,
institusi raja dan perlembagaan (sebagai contoh Nizar bekas Menteri Besar
Perak) secara jelas dan terang, pun semacam
tidak menampakkan kesalahan mereka
6. Gerakan mengkristiankan orang Melayu! senyap
begitu sahajakah?
7. Aktiviti judi haram (contoh:
mesin judi dan nombor ekor haram) dan pelbagai kegiatan haram yang berlaku di
depan mata (kini merebak dipekan-pekan kecil) tetapi bagaikan tidak pernah
wujud bagi pihak berkuasa. Ia bukan sahaja haram di segi hukum syarak, malah
turut meruntuhkan kerukunan hidup orang Melayu setempat malah ada yang
mengatakan antara sebab berlaku banyaknya kes-kes kecurian, pecah rumah, ragut
dan samun.
8. Lambakan orang asing di negara
bagaikan tiada kawalan sempadan sehingga menggugat ketenteraman dan keselamatan
rakyat. Masihkan kita perlu berbudi bahasa, berlemah lembut, bertimbang rasa
seperti kata Usman Awang: dagang lalu
nasi ditanakkan!
9. Sistem pendidikan yang kian
dicabar keikhlasannya
10. Banyak sudah yang dilepas berikutan sikap tolak ansur orang Melayu.
Akan kekalkan kita bersikap sentiasa beransur setiap kali orang lain menolak
dan menggertak?
11. Dan, kita hanya mampu memberikan peringatan demi peringatan, amaran
demi amaran. Dewan bergegar dengan sorak dan tepuk tangan bila berhimpun, kemudian
disudahi dengan tawa hilai sesudah tamat persidangan. Cuma yang nak didengarnya:
bagaimana ucapan aku tadi? Ok ke?
Itu hanyalah sekadar beberapa contoh yang sempat dipaparkan.Masih banyak
lagi yang khalayak sendiri dapat merasakan. Cuma, barangkali setakat ini ia
hanya berdetik dalam hati kecil sementara menanti waktu bengkaknya!
Jagindas: Sedang
dalam hati orang lain mereka terus mentertawakan kita...Dan Melayu semakin
alpa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.