Sekolah Bina Soalan Sendiri
WEE KAR SIONG ... beri kuasa |
LANGKAH Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) memberikuasa kepada sekolah untuk menyediakan
soalan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) di semua sekolah menengah sebenarnya bukanlah perkara baru malah ia telah
dipraktik sebelum ini sehinggalah ke awal tahun 1990an di sini.
Namaun, ketika itu pihak sekolah diberikuasa
penuh tanpa ditimbal-balik oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mahupun
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing. Tidak seperti cadangan terbaru
ini di mana kesemua soalan terbabit akan diminta mendapatkan pengesahan
terlebih dahulu daripada JPN bagi memastikan soalan-soalan terbabit bersifat
standard / piawai serta tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak sewajarnya.
Ini kerana, peresapan fahaman politik yang
agak keterlaluan menyebabkan ada pihak (guru) yang menyelitkan soalan-soalan yang
berbau politik, membenci kerajaan atau unsur-unsur hasutan yang dikhutiri akan
merosakkan etika dan falsafah pendidikan itu sendiri.
Pun begitu, persolannya apakah mampu JPN
meneliti kesemua soalan yang dihantar oleh pihak sekolah yang mana ia
memerlukan tempoh yang singkat untuk dilulus bagi membolehkan urusan pencetakan
dibuat oleh pihak sekolah.
Selain daripada pakar-pakar yang menyemak
dalam bahasa melayu dan inggeris, JPN juga perlu ada pegawai-pegawai melayu
yang mahir berbahasa cina dan tamil bagi memastikan ketelusan soalan-soalan
yang dibina dalam bahasa ibunda berkenaan tidak tersasar dari garispanduan yang
dibuat, dalam ertikata semakan semula.
Keraguan seperti itu perlu ada berikutan ada tanda-tanda jelas fahaman politik bersifat
anti-kerajaan di kalangan guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan kini semakin
mengembang tidak sahaja di kalangan guru-guru melayu bahkan juga guru-guru
bukan melayu.
Justeru, jika kesemua soalan memerlukan proses
pengesahan dan timbal balik, maka KPM perlu bersedia lebih awal bagi
mengelakkan sistem dan jadual
peperiksaan di sekolah-sekolah tidak terganggu.
Apapun, langkah memberi ruang dan kuasa
kepada sekolah untuk menyediakan soalan-soalan terbabit adalah suatu tindakan
wajar yang sekali gus merealisasikan proses-proses penilaian dan pentaksiran
berasaskan sekolah.
Namun, sedrastik mana sekalipun perubahan
yang mahu dilakukan ianya hendaklah
menjadi lebih baik daripada yang
terdahulu, lebih memudahkan serta bernilai kebolehpercayaan yang tinggi.
Jagindas: ada guru suka bocor soalan kepada murid yang
dia sayang.....rosak betul!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.