Sementara Usia Masih Ada..
Add caption |
SERUAN supaya Anwar Ibrahim bertaubat sudah banyak kali kita
dengar. Orang kafir sendiri, Karpal Singh, pernah meminta Anwar berbuat demikian. Dan, terbaru
golongan ulamak termasuk ustaz Fathul
Bari Mat Jahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulamak Muda (Ilmu), turut
meminta Anwar bertaubat berikutan keceluparannya mengecap 'umat Islam
menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan
penyiaran filem Innocence of Muslims di
sini.
Betullah
tu, sebagai orang Islam apa lagi yang berstatus ulamak, tugas menyeru ke arah kebaikan adalah
kewajipan kita. Terpulang kepada yang di seru sama ada mahu atau tidak mengikut
seruan kita. Ini semua kerja Allah Taala. Taufik dan hidayah adalah miliknya.
Dia akan berikan kepada siapa sahaja yang Dia mahu. Demikian kehendak Allah!
Seperti yang kita maklum, Nabi (saw) sendiri
pernah gagal menyeru salah seorang bapa saudaranya memeluk Islam hingga ke
akhir hayatnya. Itu Nabi. Inikan pula kita manusia biasa.
Dalam pada itu, ulamak-ulamak juga perlu
mengingatkan iman-imam kita adakah mereka juga telah bertaubat sebelum menjawat
jawatan imam. Ini kerana, ada sesetengah imam yang dilantik, latar belakang
terdahulunya pun teruk juga. Ada yang
pernah kaki judi, kaki ronggeng bahkan barangkali ada juga yang pernah jadi kaki perempuan! MasyaAllah! Tapi dek kerana ada ilmu, maka dihujung-hujung usia
mampulah juga dia menjadi imam.
Namun, kes yang macam ini, mereka perlu
taubat nasuha dulu. Saya fikir, memperbetulkan dalam saf kita dulu lagi afdhal.
Jagindas: ada imam yang tak boleh ditegur kesilapannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.