Ahad, 23 September 2012

SEJARAH MELAYU 1948 BERULANG


Melayu Rela Jadi Barua Komunis

YB, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,

Memang sudah dijangka YB akan berkata demikian. Oleh kerana YB adalah Ketua Penerangan PAS, maka sumpah itu adalah juga sumpah PAS apabila YB menjawab gesaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairi Jamaluddin, supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) berikutan sohabat-sohabat PAS dari kalangan DAP secara terang-terang tidak bersetuju dengan prinsip perjuangan parti itu malah sehingga berani mencela Islam dalam kes demonstrasi bantahan terhadap penerbitan filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile  yang menghina Nabi Muhammad (SAW) di sini.
            Bagi saya, orang-orang macam YB  ini, tahap pemikiran dan kesedarannya adalah seperti yang pernah saya papar dalam blog ini beberapa kinggu lalu di sini
            Khairi mungkin menyuarakan gesaan itu secara jelas mengkaitan kes yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bruas (DAP), Datuk Ngeh Koo Ham, melalui laman twitternya.
            Bagaimanapun, insiden-insiden lain yang dilakukan oleh sohabat-sohabat PAS sebelum dan selepas peristiwa itu pun jelas tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi.
            Kalau tidak kasarlah saya katakan, bagi DAP, PAS laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...Maknanya apa? Baca baliklah tulisan saya seperti di sini


Jagindas:  "Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)....."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.