Sabtu, 22 September 2012

DATA PALSU?


SPR vs PR

ABD AZIZ Vs SAIFUDDIN
 SURUHANJAYA Pilihan Raya negara (SPR) menegaskan dakwaan Parti Pakatan Rakyat Rakyat (PR) bahawa agensi itu menipu dalam data senarai pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak adalah tidak benar di sini
             Manakala dalam mempertahankan dakwaan itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bertegas amat yakin dengan dengan laporan audit partinya itu sekali gus menganggap SPR sebagai penipu besar berikutan agensi itu dikatakan telah merekodkan fakta yang salah dalam senarai pengundi berdaftar di Selangor  di sini. 
             Saya amat yakin bahawa SPR telah menjalankan tugas dan amanahnya sebagai pengumpul data pengundi berdaftar yang sah. Dalam hubungan itu, tentunya agensi terbabit tidak memihak kepada mana-mana parti politik bagi memastikan sistem pilihan raya dan demokrasi negara ini berada pada landasan yang terhormat - amanah, telus, berwibawa serta mengikut standard sebuah negara merdeka dan berdaulat.
            Pun begitu, audit PR masih mempertidakan laporan dan siasatan daripada audit SPR sehingga mengecap agensi berkenaan sebagai "Penipu Besar". Bagi saya, dakwaan terbaru oleh Saifuddin Nasution Ismail ini adalah serius kerana kenyataan itu boleh bermaksud mempengaruhi khalayak untuk tidak mempercayai SPR sekali gus, kenyataan ini akan diguna pakai oleh pihak PR jika mereka kalah dalam PRU13 nanti khususnya kerusi di kawasan berkenaan.
            Justeru, sebelum ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa dan boleh mengganggu keputusan pilihanraya, maka adalah baik SPR menyelesaikan dakwaan yang dibuat oleh PR terutama Setiausaha Agungnya menerusi mahkamah.
            Ini kerana, apa-apa yang telah diputuskan oleh mahkamah nanti bersabut dengan isu tersebut, semua pihak mestilah mematuhinya dan jika masih juga dipertikaikan maka pihak yang mempertikai hendaklah didakwa atas hujah mencela mahkamah.
            Tidak ada gunanya menjadikan isu ini polemik di media dan perang mulut serta dijadikan modal untuk dijaja di majlis-majlis ceramah politik berikutan kesucian dan ketelusan SPR adalah asas ketulenan sistem pilihanraya di negara ini.
            Kita telah banyak membuang masa melayan isu-isu yang tak berkesudahan. Justeru, pendekatan undang-undang perlu dilakukan apabila isu terbabit dilihat cuba diheret cenderong kepada penghinaan.

Jagindas:  cukup sekadar sekali dua penjelasan, jika nak lawan juga, bawalah ia ke saluran undang-undang supaya tidak banyak pihak yang akan menjadikannya bahan "kelakar"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.